Institut Pendidikan Teknikal Brunei meterai kerjasama dengan universiti Malaysia tingkatkan laluan akademik | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Institut Pendidikan Teknikal Brunei meterai kerjasama dengan universiti Malaysia tingkatkan laluan akademik

BANDAR SERI BEGAWAN 26 Sept - Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Curtin University Malaysia bagi memperkukuhkan kerjasama dalam mewujudkan laluan akademik.

 

Pemeterai MoU hari ini diharap dapat memperkayakan pengalaman akademik dan profesional pelajar serta kakitangan IBTE melalui komitmen bersama kedua-dua institusi terhadap kecemerlangan pendidikan dan penglibatan industri.

 

Pada majlis yang diadakan di Kampus Sultan Saiful Rijal IBTE itu, delegasi Curtin diketuai oleh Pro Naib Canselor, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Curtin University Malaysia Profesor Dr Vincent Lee Chieng Chen, diiringi oleh Dr Fidella Tiew, Dr Lee Yih Nin, Dr Lim Chye Ing, Debora Caroline, dan Samantha Liew Ee Wen.


 

brunei technical education

 


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Pendidikan Teknikal/Ketua Pegawai Eksekutif IBTE, Dr Mohd Zamri Sabli, menurut laporan The Borneo Bulletin.

 

Seterusnya, ucapan daripada Profesor Dr Vincent Lee Chieng Chen yang menekankan komitmen Curtin dalam memupuk kecemerlangan pendidikan serta kerjasama antarabangsa.

 

Setiausaha Tetap (Pendidikan Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Azman Ahmad, selaku tetamu kehormat, menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tersebut.

 

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Brunei Darussalam, Michael Hoy, turut hadir. - DagangNews.com