Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Powerwell peroleh kontrak RM9.5 juta untuk projek pusat data di Selangor

KUALA LUMPUR 11 NovPowerwell Holdings Berhad melalui anak syarikatnya, Kejuruteraan Powerwell Sdn Bhd, memperoleh kontrak RM9.5 juta untuk membekalkan papan suis dan komponen bagi projek pusat data di Selangor.

 

Cape EMS dipilih antara 5 syarikat terima pembiayaan RM120 juta Maybank di JS-SEZ

KUALA LUMPUR 11 Nov – Cape EMS Berhad, penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) dipilih sebagai salah satu penerima sokongan pembiayaan di bawah inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) oleh Maybank. 

 

Pengerusi Rimbunan Hijau, Tiong Hiew King meninggal dunia pada usia 91 tahun

KUALA LUMPUR 11 Nov – Taikun balak dan media, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rimbunan Hijau, Tan Sri Tiong Hiew King, meninggal dunia sekitar jam 11 pagi hari ini selepas melalui tempoh sakit. Beliau berusia 91 tahun.

 

Jualan perdagangan borong & runcit Malaysia meningkat 6.6% pada September 2025 – DOSM

KUALA LUMPUR 11 Nov – Pertumbuhan jualan sektor perdagangan borong dan runcit meningkat 6.6% kepada RM158 bilion pada September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Kenderaan elektrik Perodua dilancar hujung bulan ini adalah agenda nasional - PM Anwar

KUALA LUMPUR 11 Nov - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelancaran kenderaan elektrik (EV) keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) yang dijadualkan hujung bulan ini akan dijadikan sebagai agenda nasional.

 

Mercedes-Benz Malaysia dan NZ Wheels lancar Stars@Mercedes-Benz terbesar dunia di Bangsar bernilai RM5 juta

KUALA LUMPUR 11 NovMercedes-Benz Malaysia bersama rakan pengedarnya, NZ Wheels, melakar sejarah apabila melancarkan Stars@Mercedes-Benz terbesar di dunia di Bangsar, yang turut digabungkan dengan jenama runcit baharu Mercedes-Benz, menjadikann

6 kumpulan syarikat dilaporkan bersaing bida kontrak Sistem Tol MLFF bernilai berbilion ringgit

KUALA LUMPUR 11 Nov - Enam kumpulan syarikat dilaporkan telah mengemukakan bidaan bagi membangunkan sistem kutipan tol aliran bebas berbilang lorong (Multi-Lane Free Flow atau MLFF) bernilai berbilion ringgit di Malaysia, menurut sumber yang rapat dengan perkara itu.

KDNK Sabah naik kepada RM84.30 bilion, tertinggi pasca COVID-19, kata Hajiji

KUALA LUMPUR 11 Nov – Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah menunjukkan peningkatan memberangsangkan, meningkat kepada RM84.30 bilion pada 2024 berbanding RM77.80 bilion pada 2020, sekali gus mencatat paras tertinggi sejak pandemik COVID-19, kata Ketua Menteri Sabah, D

Pelaburan Khazanah-China dalam industri nadir bumi perlu dipercepat, kata PM Anwar

KUALA LUMPUR 11 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) mempercepatkan pelaburannya dengan China dalam pembangunan unsur nadir bumi (REE) bagi memanfaatkan potensi sektor itu serta memastikan pembangunan wilayah yang seimbang.

Pengurangan kakitangan PETRONAS tiada kaitan dengan Petros - Kelab Penyokong GPS

KUALA LUMPUR 11 Nov – Penstrukturan dalaman melibatkan pengurangan pekerja yang dilakukan PETRONAS adalah keputusan korporat bebas berdasarkan keadaan pasaran global dan domestik dan tidak ada sebarang kaitan dengan Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

 

BNM wajibkan kursus kewangan 15 minit bagi pinjaman peribadi melebihi RM100,000 mulai 2027

KUALA LUMPUR 11 Nov - Bermula 1 Januari 2027, mana-mana individu yang memohon pembiayaan peribadi melebihi RM100,000 diwajibkan untuk melengkapkan modul pendidikan kewangan selama 15 minit di bawah dasar baharu Bank Negara Malaysia (BNM).

 

Malaysia perkukuh keselamatan siber industri penerbangan melalui inisiatif ICP diterajui TDA

SEPANG 11 Nov - Malaysia melangkah setapak ke hadapan dalam memperkukuh keselamatan siber sektor penerbangan dengan pelancaran Rangka Kerja dan Dasar Keselamatan Siber Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), hasil pelaksanaan Industrial Collaboration Program (IC

Kenapa ketirisan negara sebelum ini dibiar berlarutan, kerajaan Madani dalam tempoh dua tahun berjaya kutip RM15 bilion, soal PM Anwar

KUALA LUMPUR 11 Nov - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan kenapa aktiviti jenayah yang membawa kepada ketirisan hasil negara berbilion ringgit dibiarkan berlarutan sehingga berpuluh-puluh tahun tanpa ada tindakan tegas.

 

Subscribe to Terkini