MPay, Taksim Pertama bekerjasama bangunkan dompet mudah alih, kad prabayar untuk komuniti Kementerian Pertahanan
KUALA LUMPUR 12 Dis – ManagePay Systems Bhd (MPay) mengumumkan kerjasama strategik dengan Taksim Pertama Sdn Bhd, pembangun Perwira Super App, bagi menyediakan perkhidmatan dompet mudah alih dan kad prabayar yang diluluskan Bank Negara Malaysia khusus untuk komuniti pertahanan.













