Urusharta Jamaah muncul antara pemegang saham utama Ramssol dengan pegangan 5.09%
KUALA LUMPUR 15 Dis – Urusharta Jamaah Sdn Bhd, syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan kini muncul sebagai pemegang saham utama Ramssol Group Bhd selepas memperoleh pegangan sebanyak 5.09% dalam syarikat penyedia rumusan teknologi itu.













