Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MSB Global kembangkan pasaran automotif serantau melalui usaha sama di Thailand

KUALA LUMPUR 6 Jan – MSB Global Group Berhad terus mengukuhkan kehadirannya di pasaran automotif serantau melalui kerjasama strategik dengan Thai Sin Anant Rubber Factory (TSAR) di Thailand.

 

Pekat sasar margin untung bersih cecah 12% daripada kontrak terkini TNB, kata Phillip Capital

KUALA LUMPUR 6 JanPekat Group Berhad menyasarkan margin untung bersih antara 10% hingga 12% daripada kontrak terbaharu bernilai RM113.3 juta diperoleh menerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengambilalihan tanah kukuhkan prospek hartanah Sunway di kawasan pertumbuhan utama - MBSB Research

KUALA LUMPUR 6 Jan - Pengambilalihan tanah terbaharu oleh Sunway Berhad dijangka mengukuhkan lagi kehadiran hartanah kumpulan itu khususnya di bandar-bandar pertumbuhan utama, sekali gus menyokong prospek jualan baharu jangka panjangnya.

 

Ingenieur Gudang jual hartanah di Nilai berharga RM22 juta

KUALA LUMPUR 6 Jan – Syarikat pembinaan, Ingenieur Gudang Bhd, melupuskan sebidang tanah seluas 1.9 ekar bersama sebuah kilang dan bangunan pejabat di Nilai, Negeri Sembilan pada harga RM22 juta secara tunai.

 

Perluasan SST, subsidi bersasar tidak kekang permintaan sektor hartanah pada 2025 – RHB Research

KUALA LUMPUR 6 Jan — Pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluaskan serta subsidi bahan api bersasar tidak menjejaskan permintaan sektor hartanah pada 2025, menurut RHB Research.

Larangan lori berat di Jambatan Angkat Kuala Terengganu: Persatuan Haulier persoal perancangan infrastruktur negara

KUALA LUMPUR 6 Jan – Larangan terbaharu yang menyekat kenderaan melebihi lima tan atau lebih tinggi daripada 3.5 meter menggunakan Jambatan Angkat Kuala Terengganu mulai 1 Januari 2026 mengundang kritikan daripada Persatuan Haulier Malaysia (AMH).

 

Pengecualian SST, tangguh e-Invois legakan tekanan PMKS - Samenta

KUALA LUMPUR 6 Jan – Langkah intervensi pantas dan tegas yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meringankan beban kos serta pematuhan ke atas sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) disifatkan sebagai bukti jelas suara akar umbi didengari keraja

Tekanan lebihan bekalan kekang prospek Petrokimia Malaysia, Maybank IB kekalkan penarafan negatif

KUALA LUMPUR 6 Jan - Prospek sektor petrokimia Malaysia dijangka kekal mencabar dalam tempoh sederhana apabila harga olefin dan polimer terus berada dalam aliran menurun secara struktur sehingga 2026, didorong oleh penambahan kapasiti global yang besar serta pemulihan permintaan

KLCI melonjak, namun dana asing RM2 bilion masih mengalir keluar pada Disember 2025 - Maybank IB

KUALA LUMPUR 6 Jan - Pelabur asing terus mengurangkan pendedahan mereka dalam pasaran ekuiti Malaysia pada Disember 2025, dengan jualan bersih berjumlah RM2.0 bilion, walaupun FBM KLCI mencatatkan kenaikan 3.4% bulan ke bulan, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).

Pharmora berjaya ambil alih Apex Healthcare, langkah nyahsenarai bermula 13 Januari

KUALA LUMPUR 6 Jan – Pharmora Investment Holdings Pte Ltd berjaya dalam tawaran pengambilalihan sukarela ke atas Apex Healthcare Bhd selepas memperoleh pegangan sebanyak 95.43%, sekali gus membuka laluan untuk menyahsenarai dan menswastakan kumpulan farmaseutikal itu.

Tekanan boikot restoran Barat jejas aktiviti trak Tasco, MBSB Research kekal tiada perubahan unjuran hasil

KUALA LUMPUR 6 Jan — Tekanan boikot pelanggan terhadap sektor restoran perkhidmatan pantas (QSR) jenama popular Barat terus menjejaskan aktiviti trak Tasco Berhad, menurut MBSB Research.

CIMB Investment Bank, 11 lagi disaman RM1.38 bilion oleh pemegang sukuk MEX II

KUALA LUMPUR 6 Jan – Sebanyak 14 pemegang sukuk Lebuhraya MEX II memfailkan saman berjumlah RM1.38 bilion terhadap CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB) dan 11 pihak lain ekoran kerugian yang didakwa dialami akibat kegagalan menyiapkan projek lebuh raya tersebut.

Kejutan di MMAG: Farhash lupus semua saham 19.9%, lepaskan jawatan pengerusi

KUALA LUMPUR 6 Jan - Pemegang saham terbesar MMAG Holdings Bhd, ahli perniagaan Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, telah melupuskan keseluruhan pegangan 19.9% beliau dalam syarikat itu pada harga premium yang tinggi, dan melepaskan jawatannya sebagai pengerusi.

Subscribe to Terkini