Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kenderaan autonomi Pos Malaysia tingkatkan kecekapan, produktiviti operasi - Fahmi

KUALA LUMPUR 21 Jan - Kenderaan Autonomi Pos Malaysia dijangka dapat meningkatkan produktiviti serta kecekapan pengendalian bahan pos, khususnya dalam operasi dalaman fasiliti sebelum diperluaskan ke peringkat seterusnya.

 

MyDCD rancang penyenaraian di Pasaran ACE perkukuh pengembangan perniagaan pusat data

KUALA LUMPUR 21 Jan – MyDCD Bhd, merancang untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia, bagi menyokong pengembangan perniagaan, termasuk pengambilan dan latihan 25 kakitangan baharu dalam pengurusan projek dan kejuruteraan, selain menyewa ruang pejabat tambahan.

DIPN selari GEMPUR30, LTAT sokong pembangunan industri pertahanan negara

KUALA LUMPUR 21 Jan - Pendekatan strategik yang digariskan menerusi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) adalah selari dengan pelan Hala Tuju Jangka Panjang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), GEMPUR30, yang meletakkan Boustead Holdings Berhad — syarikat milik penuh LTAT —

Reneuco lantik Mustakim Mat Nun sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dalam penyusunan semula syarikat

KUALA LUMPUR 21 JanReneuco Berhad melantik Datuk Mustakim Mat Nun sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, dalam penyusunan semula daripada Pengerusi Eksekutif, berkuat kuasa 20 Januari 2026.

3,604 kenderaan berat lebih muatan dikenakan tindakan dalam operasi khas JPJ, Parlimen diberitahu

KUALA LUMPUR 21 Jan – Sebanyak 3,604 kenderaan berat dikenakan tindakan kerana membawa muatan berlebihan sepanjang tempoh Oktober hingga Disember tahun lalu, hasil operasi penguatkuasaan khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

 

Binastra raih kontrak RM742.9 juta projek pangsapuri servis 72 tingkat di Johor Bahru

KUALA LUMPUR 21 Jan – Binastra Corporation Bhd memperoleh kontrak bernilai RM742.9 juta bagi kerja-kerja pembinaan bangunan utama kediaman bertingkat di Taman Pelangi, Johor Bahru.

 

DIPN perkukuh keselamatan negara, pulih keyakinan terhadap sektor pertahanan - PM Anwar

KUALA LUMPUR 21 Jan - Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang dilancarkan hari ini merupakan langkah baharu bagi memperkukuh keselamatan negara, memulihkan keyakinan terhadap sektor pertahanan dan membina keupayaan industri tempatan yang lebih berwibawa serta berintegriti.

Ambest lancar IPO di Pasaran ACE, sasar kumpul RM27.5 juta pada harga 25 sen sesaham

KUALA LUMPUR 21 JanAmbest Group Berhad melancarkan prospektus tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia, yang dijadualkan pada 6 Februari 2026.

Tawaran Sunway terhadap IJM tidak boleh ditarik balik mengikut budi bicara syarikat - HLIB

KUALA LUMPUR 21 Jan - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas IJM Corporation Bhd yang berlaku kira-kira seminggu selepas Sunway Bhd mengemukakan tawaran umum sukarela bersyarat (RM11 bilion) menimbulkan persoalan daripada pasaran tentang masa depan tawaran

Steel Hawk raih subkontrak pintu kalis api di Sabah selama hampir tiga tahun tanpa nilai tetap

KUALA LUMPUR 21 Jan — Steel Hawk Berhad menerusi anak syarikatnya, Steel Hawk Engineering Sdn Bhd (SHESB) memperoleh subkontrak kerja perolehan, pembinaan dan pentauliahan pintu kalis api di Sabah.

Harga minyak sawit mentah dijangka kekal RM4,300 satu tan pada Februari 2026 – MPOC

KUALA LUMPUR 21 Jan – Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal mendatar dalam julat RM4,000 hingga RM4,300 satu tan pada Februari 2026, disokong oleh penurunan bermusim pengeluaran dan paras inventori, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

 

Eksons ambil alih 13.12% ekuiti Vibrant Hub daripada Topaz Blue bernilai RM6.56 juta

KUALA LUMPUR 21 JanEksons Corporation Berhad memperoleh 13.12% kepentingan dalam Vibrant Hub Sdn Bhd (VHSB) daripada Topaz Blue Sdn Bhd (TBSB) dengan jumlah pertimbangan RM6,566,121.

Kee Ming sasar kumpul RM31.5 juta menerusi tawaran IPO 38 sen di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR 21 Jan – Kee Ming Group Bhd, firma kejuruteraan mekanikal dan elektrikal, menyasarkan untuk mengumpul RM31.5 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada harga 38 sen sesaham.

 

Subscribe to Terkini