Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Ringgit masih ada potensi untuk terus mengukuh selari prestasi ekonomi negara - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR 5 Feb – Ringgit masih mempunyai potensi untuk terus mengukuh seiring prestasi ekonomi negara yang kekal berdaya tahan, sekali gus membuka ruang kepada semakan naik unjuran pertumbuhan ekonomi bagi 2026, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan<

Penang Port kini miliki bot tunda baharu dengan kapasiti 50 tan

KUALA LUMPUR 5 Feb – Penang Port Sdn Bhd kini meningkatkan keupayaan operasinya dengan PM SATU, bot tunda generasi baharu yang mampu mengendalikan kapal lebih besar dan menjimatkan bahan api melalui teknologi kuasa darat.

 

RGT3 diyakini pemangkin utama PETRONAS Gas, RHB Research naikkan harga sasaran kepada RM19.10

KUALA LUMPUR 5 Feb — Projek Terminal Regasifikasi yang ketiga (RGT3) di Lumut, Perak diyakini bakal menjadi pemangkin utama kepada nilai PETRONAS Gas Berhad (PetGas), menurut RHB Research.

Maxis pindahkan beban kerja kritikal dari AWS Singapura ke Malaysia

KUALA LUMPUR 5 Feb – Maxis Berhad mengambil langkah penting dengan memindahkan semua operasi penting dan beban kerja digital misi kritikal mereka dari Wilayah Amazon Web Services (AWS) di Singapura ke Wilayah AWS Malaysia.

 

Seorang pemilik ekuiti Metro Healthcare memegang seunit saham menolak usul ambil alih RMC Specialist

KUALA LUMPUR 4 Feb — Hanya seorang pemilik ekuiti yang memegang satu unit saham menolak usul Metro Healthcare Berhad mengambil alih keseluruhan 100% kepentingan dalam RMC Specialist Sdn Bhd.

Bursa Malaysia fokus IPO berskala besar tahun ini - Fad'l Mohamed

KUALA LUMPUR 5 Feb – Bursa Malaysia akan memberi tumpuan kepada tawaran awam permulaan (IPO) berskala besar tahun ini dalam usaha meningkatkan saiz dan kepelbagaian saham yang didagangkan secara aktif.

 

AirBorneo rancang peluasan operasi, lancar penerbangan jet pertengahan 2026

KUALA LUMPUR 5 Feb - AirBorneo sedang merancang untuk memperluaskan operasinya dengan menambah kapasiti dan laluan baharu, apabila syarikat penerbangan itu bercadang memperkenalkan operasi pesawat berenjin jet pada separuh kedua 2026.

 

Bentley Music Group disenaraikan di Pasaran LEAP Bursa Malaysia pada 11 Feb

KUALA LUMPUR 5 Feb – Bentley Music Group Berhad akan disenaraikan di Pasaran LEAP Bursa Malaysia pada 11 Februari 2026, menurut pengumuman yang difailkan kepada Bursa Malaysia hari ini.

 

TP Tec kaut keuntungan bersih RM6.71 juta bagi FY25 dipacu peningkatan tempahan pelanggan

KUALA LUMPUR 5 Feb - TP Tec Holding Berhad mencatatkan keuntungan bersih RM6.71 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, melonjak ketara berbanding RM3.63 juta pada tahun sebelumnya. 

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan meningkat 1% pada suku keempat 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR 5 Feb – Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) Malaysia meningkat 1% pada suku keempat 2025, mengekalkan kadar yang sama bagi tiga suku tahun berturut-turut, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

TA Securities mulakan liputan ke atas ICT Zone Asia, sasar untung bersih RM13.8 juta bagi FY26

KUALA LUMPUR 5 FebTA Securities memulakan liputan ke atas ICT Zone Asia Berhad dengan saranan 'beli' dan nilai wajar 27 sen sesaham berdasarkan unjuran 11 kali nisbah harga kepada hasil CY26.

Solarvest tegaskan kenaikan kos panel solar tidak jejaskan projek, tempahan awal 2GW cukup untuk 18–24 bulan

KUALA LUMPUR 5 Feb – Solarvest Holdings Berhad menegaskan isu kenaikan kos panel solar susulan penghapusan rebat eksport 9 peratus oleh kerajaan China tidak menjejaskan operasi atau projek syarikat, berikutan langkah mitigasi risiko yang telah dilaksanakan lebih awal.

ComTech Gold, PeerHive perkenal cara baharu dapatkan pembiayaan wang tunai daripada emas

KUALA LUMPUR 5 Feb – ComTech Gold (CGO), platform digital emas yang menawarkan pemilikan emas secara token, telah bekerjasama dengan PeerHive untuk memperkenalkan penyelesaian pembiayaan berasaskan emas kepada pelabur di Malaysia.

 

Subscribe to Terkini