Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

ComTech Gold, PeerHive perkenal cara baharu dapatkan pembiayaan wang tunai daripada emas

KUALA LUMPUR 5 Feb – ComTech Gold (CGO), platform digital emas yang menawarkan pemilikan emas secara token, telah bekerjasama dengan PeerHive untuk memperkenalkan penyelesaian pembiayaan berasaskan emas kepada pelabur di Malaysia.

 

Jualan tanah IOI Properties di Banting boleh capai margin 60%, TA Securities naikkan unjuran untung 42% bagi FY27

KUALA LUMPUR 5 Feb – Jualan tiga bidang tanah seluas 55 hektar di IOI Industrial Park @ Banting kepada Bridge Data Centres oleh IOI Properties Group Berhad berpotensi menjana margin kasar kira-kira 60%.

LRT Shah Alam dijangka mula operasi Jun 2026, kata Anthony Loke

KUALA LUMPUR 5 Feb – Projek LRT Shah Alam yang dinanti-nantikan pelbagai pihak dijangka memulakan operasi selewat-lewatnya pada bulan Jun 2026, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

 

Kelle Energy perkenal pengecas EV mudah alih pertama di Malaysia

KUALA LUMPUR 5 Feb – Kelle Energy, sebuah syarikat teknologi tenaga bersih berpangkalan di Singapura, melancarkan pengecas kenderaan elektrik mudah alih pertama di Malaysia yang diintegrasikan dengan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS).

 

RM150 juta bantuan SARA tidak dituntut diagihkan semula kepada kumpulan sasaran - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR 5 Feb – Sebanyak RM150 juta daripada bantuan sekali bayar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 yang tidak dituntut sehingga 31 Disember 2025 akan diagihkan semula kepada kumpulan sasaran, termasuk mangsa keganas

Ishak Murat letak jawatan sebagai Pengarah Bina Darulaman susulan tamat kontrak CEO PKNK

KUALA LUMPUR 5 FebBina Darulaman Berhad (BDB) mengumumkan peletakan jawatan Datuk Wira Ishak Murat sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif yang berkuat kuasa pada 3 Februari 2026.

Bantuan SARA RM100 diagihkan bermula 9 Februari 2026 – MoF

KUALA LUMPUR 5 Feb – Orang ramai boleh mula menyemak kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) hari ini melalui portal rasmi di [sara.gov.my](https://sara.gov.my) bagi memastikan bayaran RM100 secara one-off dapat dikreditkan ke MyKad masing

Harvest Miracle lupus 100% ekuiti dalam Teras Gemumi bernilai RM51.6 juta kepada Ree Fong Agriculture

KUALA LUMPUR 5 FebHarvest Miracle Capital Berhad melupuskan 100% kepentingannya dalam salah sebuah anak syarikat milik penuhnya, Teras Gemumi Sdn Bhd kepada Ree Fong Agriculture Sdn Bhd.

Pasaran ekuiti tempatan dijangka meningkat pada 2026 disokong ringgit kukuh dan kemasukan dana asing - MBSB Research

KUALA LUMPUR 5 Feb – Pasaran ekuiti tempatan dijangka bergerak lebih tinggi pada 2026, disokong oleh ringgit yang lebih kukuh serta kemasukan semula dana asing, menurut MBSB Research.

 

Melaka tarik pelaburan RM9 bilion bagi pusat data AI 100 MW di Jasin

KUALA LUMPUR 5 Feb – Melaka mencatat kejayaan besar dalam menarik pelaburan asing apabila bakal menerima lebih RM9 bilion bagi pembangunan pusat data berasaskan kecerdasan buatan (AI) di kawasan Jasin, menandakan lonjakan signifikan dalam ekonomi digital negeri.

 

Lebihan kapal, aktiviti luar pesisir lemah terus ancam sektor minyak dan gas Malaysia – Maybank IB

KUALA LUMPUR 5 FebSektor minyak dan gas (O&G) Malaysia terus berdepan tekanan jangka pendek susulan aktiviti luar pesisir yang perlahan dan lebihan bekalan kapal sokongan luar pesisir (OSV).

MAB Engineering Services meterai kerjasama lima tahun dengan Boeing untuk perkhidmatan MRO Asia-Pasifik

KUALA LUMPUR 5 Feb – MAB Engineering Services, anak syarikat Malaysia Aviation Group (MAG), menandatangani perjanjian kerjasama lima tahun dengan Boeing bagi memperluas kemampuan penyelenggaraan, pembaikan dan overhaul (MRO) pesawat di rantau Asia-Pasifik.

 

Prospek kenaikan sewa jelas beri kelebihan kepada AME REIT, penganalisis unjur pendapatan FY27, FY28 naik 4%

KUALA LUMPUR 5 Feb – Prospek AME Real Estate Investment Trust (AME REIT) kekal memberangsangkan disokong oleh potensi pertumbuhan organik dan anorganik yang mampan, dengan pengurusan mengulangi komitmen terhadap sasaran pemerolehan tahunan bernilai RM100 juta, kata RHB Research.<

Subscribe to Terkini