Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

SupportLocal bantu usahawan PKS perkukuh jenama, tingkatkan pendapatan

KUALA LUMPUR 3 Jun - Platform digital bersepadu baharu, SupportLocal menyediakan perkhidmatan membantu usahawan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menguatkan jenama mereka tanpa menggunakan kempen pemasaran dan komunikasi yang menelan kos tinggi.

 

Pertikaian tanah IOI Pelita dengan komuniti Sarawak berjaya diselesaikan

KUALA LUMPUR 3 Jun - IOI Corp Bhd berkata unit usaha samanya IOI Pelita Plantation (IOI Pelita) dan lapan komuniti tempatan dari kawasan Tinjar di Sarawak telah menyelesaikan kes pertikaian tanah selama berdekad-dekad yang bermula pada pertengahan 1990-an.

 

Harga emas melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh sebulan didorong kelemahan dolar AS

KUALA LUMPUR 3 Jun - Harga emas melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh sebulan didorong kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) yang membolehkan ia mencatatkan kenaikan buat minggua ketiga berturut-turut.

 

Baiki peranti secara percuma di reruai K-KOMM pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Terengganu

KUALA NERUS 3 Jun - Pemeriksaan dan pembaikan peranti secara percuma antara tarikan di reruai Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Terengganu, yang berlangsung di Kompleks Sukan Negeri di sini, sehingga esok.

 

Traveloka kumpul hampir AS$200 juta selepas rundingan penyenaraian awam - sumber

JAKARTA 3 Jun - Traveloka, syarikat permulaan pelancongan dalam talian terbesar di Asia Tenggara, dilaporkan berjaya mengumpul lebih AS$200 juta (kira-kira RM877.3 juta) daripada para pelabur selepas perbincangan tahun lalu untuk penyenaraian awam melalui penggabungan dengan sebu

F&N cadang ambil alih Cocoaland sepenuhnya dengan nilai RM488.15 juta

KUALA LUMPUR 3 Jun - Fraser & Neave Holdings Bhd. (F&N) bercadang untuk menjadikan syarikat bersekutunya, Cocoaland Holdings Bhd.

Celcom Axiata lantik Tan Sri Halim Shafie sebagai pengerusi interim

KUALA LUMPUR 3 Jun - Celcom Axiata Bhd (Celcom) hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Dr Halim Shafie sebagai Pengerusi Interim berkuat kuasa 2 Jun 2022.

 

ShopeeFood diperluas ke Pulau Pinang, tawar promosi istimewa hingga 20 Jun 2022

KUALA LUMPUR 3 Jun - Perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian, ShopeeFood Malaysia mengumumkan perkhidmatan tersebut telah diperluaskan ke Pulau Pinang.

 

Kelemahan ringgit perlu penyelesaian jangka panjang - Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR 3 Jun - Kemeruapan situasi pasaran mata wang dan pasaran modal yang dilihat pada masa ini adalah ciri-ciri semula jadi pasaran tersebut dan ia akan sentiasa terdedah kepada sebarang faktor antarabangsa mahupun domestik, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia

Jemaah Menteri setuju secara prinsip cadangan reformasi Parlimen

PUTRAJAYA 3 Jun - Jemaah Menteri pada 1 Jun 2022 telah bersetuju secara prinsip dengan cadangan reformasi parlimen yang merangkumi tiga perkara penting iaitu:

 

AME Elite Consortium yakin taman perindustrian Johor kekal jadi tarikan FDI

KUALA LUMPUR 3 Jun - Penyedia ruang industri bersepadu, AME Elite Consortium Berhad menyuarakan keyakinan mereka bahawa taman perindustrian di Johor masih lagi kekal sebagai tarikan pelaburan langsung asing (FDI).

 

Top Glove masih berdepan persekitaran operasi mencabar, HLIB kurangkan TP kepada RM1.12 dengan saranan 'jual'

KUALA LUMPUR 3 Jun - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengekalkan saranan 'jual' terhadap Top Glove Corp. Bhd. dengan harga sasaran (TP) lebih rendah pada RM1.12 berbanding sebelum ini, RM1.33 sesaham.

 

Sunway Property terima 10,000 pendaftaran untuk Jernih Residence

PETALING JAYA 3 Jun - Sunway Property telah menerima 10,000 pendaftar untuk Kediaman Jernih yang terletak di Kajang, Selangor.

 

Subscribe to Terkini