Hari pertama Program Jualan Keluarga Malaysia Terengganu catat jualan hampir RM60,000
KUALA NERUS 3 Jun - Hari pertama pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang diadakan sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) semalam, mendapat sambutan hangat dengan mencatatkan hasil jualan hampir RM60,000.













