ShopeeFood diperluas ke Pulau Pinang, tawar promosi istimewa hingga 20 Jun 2022 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

ShopeeFood diperluas ke Pulau Pinang, tawar promosi istimewa hingga 20 Jun 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 3 Jun - Perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian, ShopeeFood Malaysia mengumumkan perkhidmatan tersebut telah diperluaskan ke Pulau Pinang.

 

ShopeeFood telah beroperasi di Lembah Klang dan Johor Bahru dan dengan pengembangan baharu ini membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada perkhidmatan itu.

 

Ketua Pembangunan Perniagaannya, Wong Chee Mun berkata, perkhidmatan penghantaran makanan mereka menawarkan nilai, kepelbagaian dan kemudahan untuk pengguna. 

 

Beliau berkata, pengguna boleh menggunakan e-dompet ShopeePay dengan mudah untuk pengalaman pesanan yang lancar. 

 

"Pengguna ShopeeFood juga akan teruja kami menawarkan penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum sempena pelancaran kami.

 

“Bagi peniaga ShopeeFood, mereka juga boleh mengakses pangkalan data kami yang besar untuk menjangkau pelanggan baharu. Bagi peniaga yang lebih kecil ini akan membantu terutamanya apabila negara ini kembali kepada aktiviti ekonomi biasa dan restoran fizikal mereka boleh dipaparkan dalam talian untuk meningkatkan jualan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Peniaga termasuk gerai penjaja terkenal dari kawasan utama seperti Pulau Pinang, George Town, Ayer Itam, Gelugor, Tanjung Bungah, Bayan Lepas dan Jelutong menyajikan hidangan kegemaran tempatan seperti Nasi Kandar Pelita, Mee Goreng Bos!, Penang Chendul dan pasembor.

 

 

shopee

 

 

Selain hidangan tempatan, ShopeeFood juga teruja untuk mempersembahkan pelbagai rakan kongsi makanan dan minuman (F&B) yang popular, termasuk jenama seperti McDonald's, Hoshino Coffee, US Pizza dan Haagen Dazs.

 

Selaras dengan pelancaran penghantaran makanan di Pulau Pinang, pengguna tempatan akan dapat menikmati promosi istimewa mulai sekarang hingga 20 Jun 2022.

 

 

shopee

 

 

Promosi tersebut adalah penghantaran percuma, diskaun sehingga 50% dan jualan kilat sehingga 20%.

 

Jenama yang mengambil bahagian dalam promosi tawaran hebat ialah ZUS Coffee, Chatime, Boat Noodle dan Yi Ke Shu.

 

Pengguna hanya perlu memilih ShopeePay sebagai kaedah pembayaran pilihan untuk menuntut baucar tawaran tersebut. - DagangNews.com