Analisis SARA: Bantuan Mikro, Makna Makro
Hari pertama SARA menyaksikan adegan yang selalunya hanya dilihat semasa jualan penghabis stok hujung tahun. Kaunter pasar raya dipenuhi orang ramai, kedai runcit terpilih menerima pelanggan luar biasa, dan MyKad menjadi kunci kepada bakul yang penuh dengan barang asas.













