Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Saham tenaga dijangka terus jadi tumpuan, KLCI naik dua hari berturut-turut, kata Maybank IB

KUALA LUMPUR 12 Mac – Pasaran saham tempatan ditutup lebih tinggi untuk hari kedua berturut-turut semalam, didorong terutamanya oleh kenaikan saham sektor tenaga susulan lonjakan harga minyak global selepas serangan terhadap kapal di Selat Hormuz.

 

Harga minyak mentah dikhuatiri kekal AS$100 setong susulan risiko geopolitik Timur Tengah – MBSB Research

KUALA LUMPUR 12 Mac — Harga minyak mentah global dijangka kekal tinggi AS$100 (RM392) setong dalam tempoh terdekat susulan ketidaktentuan geopolitik di rantau Timur Tengah, menurut MBSB Research.

'Apabila harga minyak mentah meningkat, kos juga akan naik' - PETRONAS

KUALA LUMPUR 12 Mac - PETRONAS menjangkakan kenaikan harga minyak mentah global susulan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran akan memberi kesan bercampur kepada prestasi syarikat itu.

 

Kementerian Kewangan teliti benarkan pengeluaran Akaun 2 KWSP melalui i-Lindung untuk kesihatan pencarum

KUALA LUMPUR 12 Mac – Cadangan untuk membenarkan pengeluaran daripada Akaun Sejahtera (Akaun 2) melalui i-Lindung sedang diteliti, dibuat secara sukarela dan terhad kepada akaun yang sememangnya diperuntukkan bagi tujuan kesihatan dan perlindungan.

 

Penganalisis ramal harga minyak sawit mentah mencecah RM4,500 satu tan disokong musim pengeluaran rendah

KUALA LUMPUR 12 Mac — Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal disokong sekitar RM4,000 satu tan dan berpotensi meningkat hingga RM4,500 satu tan dalam tempoh terdekat, menurut penganalisis.

Kabinet beri kelulusan pembangunan terminal ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey - Loke 

KUALA LUMPUR 12 Mac — Kerajaan telah meluluskan pembangunan terminal ketiga di Pelabuhan Klang yang akan dibangunkan di Pulau Carey, Selangor, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

 

Anak syarikat Aizo peroleh lesen perkhidmatan kiriman wang daripada BNM

KUALA LUMPUR 12 Mac – Aizo Group Bhd mengumumkan anak syarikatnya yang mengendalikan sistem pembayaran elektronik memperoleh Lesen Perniagaan Perkhidmatan Wang Kelas B bagi menyediakan perkhidmatan kiriman wang daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

 

Widad Group rayu keputusan mahkamah berkaitan tuntutan pembayaran projek Langkasuka di Langkawi

KUALA LUMPUR 12 Mac - Widad Group Bhd mengemukakan rayuan terhadap penolakan Mahkamah Tinggi berkaitan permohonannya untuk mengetepikan keputusan penghakiman dalam kes tuntutan pembayaran bagi pembangunan Langkasuka di Langkawi.

 

Kerajaan yakin GLIC buat keputusan tepat lindungi kepentingan jutaan pencarum dalam isu IJM

KUALA LUMPUR 12 Mac - Kerajaan mempunyai keyakinan penuh bahawa syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan membuat keputusan yang tepat bagi melindungi kepentingan jutaan rakyat Malaysia yang merupakan penyumbang kepada institusi berkenaan, kata Kementeria

Bekas CEO FGV Nazrul Mansor dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu MMC Corp

KUALA LUMPUR 12 Mac - MMC Corp Bhd telah mengumumkan pelantikan Datuk Nazrul Mansor sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan baharu berkuat kuasa 9 Mac, memimpin kumpulan infrastruktur utama yang dikawal oleh hartawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

 

MINDEF buka semula tender helikopter utiliti tempur Tentera Darat

KUALA LUMPUR 12 Mac - Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan membuka semula tender terbuka bagi perolehan helikopter utiliti tempur secara sewaan untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia.

 

Konflik AS–Iran: Ujian besar pelancongan Malaysia menjelang VM2026

Ketegangan yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran kini mula menggoncang rangkaian penerbangan global, sekali gus menimbulkan persoalan baharu terhadap kesiapsiagaan industri pelancongan Malaysia menjelang kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

 

RM13 bilion jika masih tidak dituntut, bolehkah dijadi dana kebajikan negara?

Baru-baru ini, dalam helaian berita dan jawapan rasmi yang dibentangkan di Dewan Rakyat, terpapar jumlah wang yang tidak dituntut — baki lama yang tersimpan, menunggu pemiliknya seperti surat-surat yang tidak pernah sampai ke tangan.

 

Subscribe to Terkini