Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Inta Bina raih kontrak RM32.4 juta pembangunan komersial di Eco Ardence

KUALA LUMPUR 8 April - Inta Bina Group Berhad dilantik sebagai kontraktor utama bagi pembangunan komersial bercampur di Eco Ardence, Setia Alam dengan nilai kontrak sebanyak RM32.4 juta.

 

IPO di Pasaran ACE: MM Computer tandatangani perjanjian taja jamin dengan Malacca Securities

KUALA LUMPUR 8 April – MM Computer Systems Berhad (MMCS) menandatangani perjanjian taja jamin dengan Malacca Securities Sdn Bhd bagi pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

 

Perak Transit lantik Jeffrey Cheong sebagai Timbalan Pengarah Eksekutif baharu

KUALA LUMPUR 8 April – Perak Transit Berhad melantik Jeffrey Cheong Mun Kwong sebagai Timbalan Pengarah Eksekutif, menandakan langkah penting dalam usaha transformasi strategik kumpulan itu.

 

Untung bersih OSK Ventures jatuh 43% kepada RM13.4 juta bagi FY25 akibat pelarasan nilai portfolio

KUALA LUMPUR 8 April —  OSK Ventures International Berhad mencatatkan kejatuhan keuntungan bersih sebanyak 43% kepada RM13.4 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2025 (FY25).

Kerajaan teliti cadangan tangani kenaikan kos bahan binaan - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR 8 April - Kerajaan Persekutuan sedang meneliti cadangan bagi menangani kenaikan kos bahan binaan susulan krisis tenaga global sekarang, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan.

 

Pelaksanaan WFH berisiko rugikan ekonomi negara mencecah RM1 bilion sebulan, kata FMBA

KUALA LUMPUR 8 April — Pelaksanaan meluas dasar bekerja dari rumah (WFH) berisiko menyebabkan kerugian ekonomi mencecah sehingga RM1 bilion sebulan, jauh melebihi penjimatan subsidi bahan api.

Eckem Holdings meterai perjanjian taja jamin dengan M&A Securities menjelang penyenaraian di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR 8 April – Eckem Holdings Berhad, penyedia perkhidmatan rumusan kimia industri khusus di Malaysia menandatangani perjanjian taja jamin dengan M&A Securities Sdn. Bhd menjelang tawaran awam permulaannya (IPO) di pasaran ACE Bursa Malaysia.

 

Jabatan Imigresen fokus majikan menggaji warga asing tanpa dokumen

KUALA LUMPUR 8 April - Jabatan Imigresen kini memberi fokus tindakan kepada majikan yang masih ingkar dengan menggaji warga asing tanpa dokumen sah sebagai pekerja.

 

Slim Chickens buka restoran kedua Malaysia di NU Sentral

KUALA LUMPUR 8 April – Slim Chickens Malaysia kini membuka restoran keduanya di NU Sentral selepas kejayaan cawangan pertama di  SS15, Subang Jaya pada tahun 2025.

 

Gencatan senjata belum cukup pulihkan krisis, harga minyak mentah global dijangka kekal AS$100 — UOB

KUALA LUMPUR 8 April — Meskipun gencatan senjata sementara dicapai hari ini, gangguan serius ke atas infrastruktur tenaga global dijangka terus mengekalkan harga minyak mentah pada paras tinggi.

Bus Cap terima kelulusan Bursa Malaysia untuk IPO di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR 8 April – Bus Cap Berhad sebuah syarikat pembuatan bas  dengan pengalaman lebih 58 tahun telah memperoleh kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Berhad untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) dan penyenaraian di Pasaran ACE.

 

Suruhanjaya Sekuriti lantik Manoj Kurup sebagai Pengarah Eksekutif Penguatkuasaan baharu

KUALA LUMPUR 8 AprilSuruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melantik Datuk Manoj Kurup yang berpengalaman luas dalam undang-undang sebagai Pengarah Eksekutif Penguatkuasaan yang baharu.

Malayan Cement kekal menarik walaupun berdepan tekanan kos bahan mentah - RHB Research

KUALA LUMPUR 8 April - RHB Research mengekalkan saranan 'Beli' ke atas Malayan Cement Bhd pada harga sasaran RM9.80 susulan potensi kenaikan sekitar 57% berikutan penilaian semasa yang dilihat menarik walaupun berdepan tekanan kos bahan mentah.

 

Subscribe to Terkini