'Mafia korporat' masih dalam siasatan polis, tiga bulan selepas Kabinet arahkan - Parlimen dimaklumkan
KUALA LUMPUR 23 Jun - Lebih tiga bulan selepas Kabinet mengarahkan agensi penguatkuasaan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan “mafia korporat” yang dikaitkan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), perkembangan siasatan didapati masih perlahan.













