Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Subsidi bersasar bantu Malaysia imbangi impak kejutan harga minyak global – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR 6 April - Pendekatan subsidi bersasar, disiplin fiskal serta kekuatan asas ekonomi membantu Malaysia mengekang impak turun naik harga minyak global, sekali gus mengekalkan kestabilan inflasi dan keyakinan pelabur.

 

AirAsia X naikkan tambang 30%-40% susulan lonjakan harga minyak jet

KUALA LUMPUR 6 April — AirAsia X Bhd menaikkan tambang penerbangan antara 30% hingga 40% berikutan lonjakan mendadak harga minyak jet ketika ini.

 

Pasaran saham dunia naik susulan harapan gencatan senjata akhiri konflik Timur Tengah, kata penganalisis

KUALA LUMPUR 6 April — Harapan terhadap potensi gencatan senjata yang akan mengakhiri kemelut konflik di Timur Tengah mencetuskan kenaikan pasaran saham global, termasuk sekali di Malaysia.

Geohan menang kontrak RM103 juta projek sambungan Lebuhraya Pantai Baharu 

KUALA LUMPUR 6 April - Geohan Corporation Berhad terus mengukuhkan kedudukan dalam sektor pembinaan tanah dan geoteknik dengan kemenangan ke atas dua kontrak subpakej bernilai RM103 juta bagi projek Lebuhraya Pantai Baharu (New Pantai Highway Extension).

 

Kekurangan naphtha ancam operasi Lotte Chemical Titan pada Jun 2026 - Maybank IB

KUALA LUMPUR 6 April – Lotte Chemical Titan Holding Bhd dijangka menghadapi cabaran besar bermula Jun 2026 apabila kekurangan bahan mentah naphtha yang akan memaksa  pengeluarannya dikurangkan atau penggantungan operasi secara sementara, kata Maybank Investment Bank (Maybank IB).

TNB perkukuh strategi pertumbuhan RE global menerusi Spark Renewables di Australia

KUALA LUMPUR 6 April - Tenaga Nasional Bhd (TNB) memperkukuh strategi pertumbuhan jangka panjang menerusi pelaburan tenaga boleh baharu (RE) di luar negara, dengan pegangan dalam Spark Renewables (Spark RE) di Australia dilihat sebagai komponen penting dalam pengembangan global s

Aeon Credit dijangka catat prestasi lebih kukuh pada 4QFY2026, disokong pinjaman disusun semula AKPK - Affin Hwang

KUALA LUMPUR 6 April - Aeon Credit Service (M) Bhd dijangka mencatatkan prestasi kewangan lebih kukuh bagi suku keempat tahun kewangan 2026 (4QFY2026), didorong oleh penambahbaikan dalam kos kredit bersih serta peruntukan yang lebih rendah.

 

Untung bersih Mynews bagi FY26 diunjur susut kepada 2% akibat tekanan kos luar jangka, kata CGSI

KUALA LUMPUR 6 AprilMynews Holdings Berhad diunjur mencatat penyusutan keuntungan bersih hingga 2% bagi tahun kewangan 2026 susulan tekanan kos luar jangka, menurut CGS International (CGSI).

Karenah birokrasi masih belenggu PKS, Steven Sim diminta lakukan reformasi - Samenta

KUALA LUMPUR 6 April — Ketidakcekapan birokrasi kekal sebagai antara cabaran terbesar yang masih terus menerusi dihadapi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia, dengan pemain industri menggesa kerajaan mempercepatkan reformasi di peringkat pihak berkuasa tempatan dan pe

Loji baharu Malakoff di Sungai Udang bakal proses 1,056 tan sisa sehari & hasilkan 22 megawatt tenaga hijau

KUALA LUMPUR 6 April – Malakoff Corporation Berhad bakal memulakan projek loji yang menukar sisa pepejal kepada tenaga (WTE) Sungai Udang di Melaka untuk mengurangkan kebergantungan terhadap tapak pelupusan sisa serta menukarkan sisa domestik kepada tenaga hijau. 

 

Peningkatan kadar elektrik di Singapura berpotensi pacu hasil YTL Power, kata TA Securities

KUALA LUMPUR 6 April — Peningkatan kadar elektrik di Singapura awal tahun ini dilihat menjadi pemangkin utama kepada peningkatan hasil YTL Power International Berhad, menurut analisis TA Securities.

Kapal tangki bawa minyak mentah ke Malaysia berjaya lalui Selat Hormuz, lapor media antarabangsa

KUALA LUMPUR 6 April - Sebuah kapal tangki membawa minyak mentah ke Pengerang, Johor dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz yang kini ditutup susulan perang antara Iran, Amerika Syarikat dan Israel.

 

Advantech meterai tiga MoU strategik teknologi pintar termasuk firma Thailand dan Australia untuk pasaran ASEAN

KUALA LUMPUR 6 April – Advantech Co Ltd, peneraju global dalam bidang kecerdasan industri dan rumusan Edge, memeterai tiga Memorandum Persefahaman (MoU) strategik pada hari pembukaan Advantech ASEAN Connect Conference 2026 (APC 2026) di Pulau Pinang.

 

Subscribe to Terkini