| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

TM fokus kepada kecekapan, produktiviti lebih baik untuk kekal kompetitif pada 2023

KUALA LUMPUR 26 April - Telekom Malaysia Berhad (TM) akan memberi fokus kepada kecekapan dan produktiviti yang lebih tinggi bagi mendepani 2023 yang mencabar, berikutan kelembapan ekonomi global serta kemungkinan kos operasi yang lebih tinggi.

 

Menang Corp terima pertanyaan UMA Bursa Malaysia akibat harga saham, jumlah dagangan naik mendadak

KUALA LUMPUR 26 April - Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) terhadap Menang Corp (M) Bhd hari ini ekoran kenaikan mendadak dalam harga saham dan jumlah dagangannya baru-baru ini .

Canon adakan siri jerayawara ke seluruh negara bagi mempromosikan kamera terbaharu EOS R8, EOS R50

SHAH ALAM 26 April – Canon Marketing Malaysia, peneraju global dalam penyelesaian fotografi dan pengimejan digital, mengumumkan pelancaran siri jerayawara kameranya yang sangat dinanti-nantikan, "Canon CR8 2023".

 

RHB Investment selaraskan unjuran pendapatan Aeon Credit Service bagi FY24-26 akibat pertumbuhan penghutang

KUALA LUMPUR 26 April - RHB Investment menyelaraskan unjuran pendapatan Aeon Credit Service (M) Bhd bagi tahun kewangan 2024 hingga 2026 (FY24-26) sebanyak -1 hingga 4%.

 

reNIKOLA peroleh dua loji solar fotovoltaik di Kelantan, Kedah

KUALA LUMPUR 26 April - Syarikat tenaga boleh diperbaharui, reNIKOLA Holdings Sdn Bhd memuktamadkan langganan saham keutamaan boleh tebus baharu (RPS) dalam dua projek penjanaan tenaga solar fotovoltaik masing-masing di Machang, Kelantan dan Kuala Muda, Kedah.

 

Malaysia di kedudukan ke-26 Indeks Prestasi Logistik Bank Dunia 2023, kedua terbaik selepas Singapura di ASEAN

KUALA LUMPUR 26 April - Malaysia naik 15 anak tangga ke tempat ke-26 dalam Indeks Prestasi Logistik (LPI) Bank Dunia 2023, dan menduduki tempat kedua di belakang Singapura dalam kalangan negara ASEAN.

 

Kadar pertumbuhan pinjaman RHB Bank dijangka menyusut kepada 4% hingga 5% bagi FY23 - AmInvestment

KUALA LUMPUR 26 April - RHB Bank Berhad memberi bayangan bahawa kadar pertumbuhan pinjaman antara 4% hingga 5% bagi FY23 berbanding 6.9% pada FY22.

 

Meditech Gloves sasar jualan RM88.62 juta sarung tangan baharu graphene

KUALA LUMPUR 26 April - Meditech Gloves Sdn Bhd telah menetapkan sasaran jualan awal untuk sarung tangan terbaharunya yang dirumus menggunakan graphene pada RM88.62 juta tahun ini dan unjuran pertumbuhan permintaan tahunan sebanyak 50%.

 

RHB Investment turunkan saranan penarafan SP Setia kepada ‘pegang’ akibat harga saham tidak berprestasi

KUALA LUMPUR 26 April - RHB Investment menurunkan penarafan SP Setia Berhad kepada ‘neutral’ daripada ‘beli’ disebabkan keumpilan tinggi dan keuntungan rendah yang boleh menjadi sebab utama harga saham tidak berprestasi.

 

Pemilik The Edge, Tong Kooi Ong kini pemegang saham besar Star Media Group

KUALA LUMPUR 26 April - The Edge Communications Sdn Bhd dan pemiliknya Tan Sri Tong Kooi Ong telah muncul sebagai pemegang saham besar Star Media Group Bhd (SMG).

 

Subscribe to