Jumlah jualan industri automotif meningkat 30% pada Oktober, tertinggi setakat tahun ini - MAA
KUALA LUMPUR 19 Nov – Sektor automotif Malaysia mencatatkan jumlah jualan industri (TIV) tertinggi setakat tahun ini selepas meningkat 30 peratus kepada 75,992 unit pada Oktober 2025 berbanding 58,490 unit pada September, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).







