| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Sunzen Group jual perniagaan kesihatan haiwan kepada Pure Nutritional bernilai RM17.3 juta

KUALA LUMPUR 19 Feb - Sunzen Group Bhd merancang untuk menjual perniagaan kesihatan haiwan yang mengalami kerugian kepada penyedia produk farmaseutikal dan veterinar, Pure Nutritional Products Sdn Bhd, dengan nilai RM17.3 juta.

 

MyCIF komited terus sokong pertumbuhan PMKS di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia

KUALA LUMPUR 19 Feb — Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF) memberikan jaminannya untuk terus komited menyokong usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di wilayah utara Semenanjung Malaysia menerusi pelbagai skim pembiayaan baharu.
 

Yinson Production lengkapkan pengambilalihan Stella Maris CCS, kembangkan ekosistem penangkapan dan penyimpanan karbon

KUALA LUMPUR 19 Feb - Yinson Production berjaya melengkapkan pengambilalihan 100% saham Stella Maris CCS AS (Stella Maris) daripada Altera Infrastructure.

 

EP Manufacturing dan Sanly Auto Parts lancar usaha sama, fokus pengeluaran bahagian automotif Proton

KUALA LUMPUR 19 Feb - EP Manufacturing Bhd menjalin bekerjasama dengan sebuah syarikat sekutu milik Sanly Auto Parts Co Ltd (SAP) yang berpusat di China untuk menubuhkan sebuah syarikat usaha sama (JV) yang akan mengendalikan bahagian automotif terutamanya untuk Proton Holdings B

Mindef akan tawar kontrak kapal MRSS TLDM tahun ini

KUALA LUMPUR 19 Feb - Tender kapal sokongan logistik pelbagai peranan (Multi Role Support Ship - MRSS) Tentera Laut Diraja Malaysia semakin cerah apabila kerajaan dijangka mempercepatkan proses tersebut.

 

Pendapatan Frontken diunjurkan naik selepas ambil alih sebuah firma berpangkalan di Amerika Syarikat - Maybank IB Research

KUALA LUMPUR 19 Feb — Frontken Corp Berhad diunjurkan mengalami pertumbuhan pendapatan selepas selesai pengambilalihan ke atas sebuah syarikat industri yang tidak dinamakan dan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini.
 

Perkembangan pusat data dan prospek ekonomi positif JS-SEZ pacu pertumbuhan Ranhill Utilities, kata MIDF Research 

KUALA LUMPUR 19 Feb - Pertumbuhan pusat data di Johor dan prospek ekonomi positif daripada Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura bakal membantu pertumbuhan Ranhill Utilities Bhd, kata MIDF Research.

 

RHB Research semak turun unjuran pendapatan Hartalega sebanyak 55% pada FY25 akibat kelamahan jualan

KUALA LUMPUR 19 Feb - RHB Research menyemak turun unjuran pendapatan Hartalega Holdings Bhd sebanyak 55% bagi FY25 akibat jumlah jualan yang lebih lemah serta kuasa penetapan harga pembuat sarung tangan boleh dipengaruhi pesanan daripada pelanggan Amerika Syarikat (AS).

Mega Fortris umum perletakan jawatan Shireen Iqbal sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

KUALA LUMPUR 19 Feb - Mega Fortris Bhd mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Bebas Bukan Eksekutifnya, Shireen Iqbal Mohamed Iqbal berkuat kuasa serta-merta.

 

Subscribe to