Mega Fortris umum perletakan jawatan Shireen Iqbal sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Mega Fortris umum perletakan jawatan Shireen Iqbal sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Shireen Iqbal Mohamed Iqbal
Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 19 Feb - Mega Fortris Bhd mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Bebas Bukan Eksekutifnya, Shireen Iqbal Mohamed Iqbal berkuat kuasa serta-merta.

 

Syarikat itu berkata, Shireen Iqbal meletakkan jawatan atas sebab komitmen peribadi. 

 

"Susulan daripada itu, beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Jawatankuasa Kelestarian serta Pengurusan Risiko Kumpulan," menurut syarikat dalam satu pemfailan di Bursa Malaysia. 

 

Mega Fortris berkata, berkuat kuasa serta-merta, beliau juga tidak lagi menjadi ahli jawatankuasa audit dan jawatankuasa ganjaran.

 

Dari segi pendapatan, Mega Fortris melaporkan keuntungan bersih sebanyak RM13.84 juta bagi tempoh enam bulan terkumpul yang berakhir pada 31 Disember 2024 (6MFY2025), yang diterjemahkan kepada pendapatan setiap saham sebanyak 1.64 sen, berbanding pendapatan terkumpul sebanyak RM104.26 juta. - DagangNews.com