| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Akademi MAB peroleh pengiktirafan IATA CBTA untuk kursus peraturan barang berbahaya, jadi pilihan utama penghantar barang udara

KUALA LUMPUR 21 Feb - Akademi MAB, cabang latihan Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG), secara rasmi diiktiraf dan diluluskan oleh Pusat Latihan dan Penilaian Berasaskan Kecekapan (CBTA) Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dalam menyediakan sijil bagi kursus Peraturan

Peningkatan permintaan simen daripada projek pembangunan utama, RHB Research yakin Malayan Cement catat perkembangan hasil pada FY25

KUALA LUMPUR 21 Feb - Malayan Cement Bhd diyakini mencatatkan perkembangan hasil lebih baik pada FY25 disokong peningkatan permintaan simen daripada projek utama seperti Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang, Lebuhraya Span Ipoh Barat dan pengembalian semula lima stesen LRT.

Sun Pharmaceutical dari India saman Duopharma berhubung pertikaian jenama ubat

KUALA LUMPUR 21 Feb - Duopharma Biotech Bhd disaman oleh sebuah syarikat farmaseutikal multinasional India, Sun Pharmaceutical Industries Ltd, berhubung pertikaian jenama ubat.

 

Peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 berpotensi menjadi penghubung China dan Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR 21 Feb — Malaysia berpeluang memperkukuh kerjasama ekonomi, keselamatan, dan transformasi digital antara kuasa besar dunia bagi memastikan kestabilan di rantau ini disokong landskap geopolitik yang semakin kompleks.
 

AmBank berpotensi isytihar pembayaran dividen tinggi dibantu oleh perkembangan hasil teguh, kata penganalisis

KUALA LUMPUR 21 Feb - AMMB Holdings Bhd mempunyai lebih banyak ruang untuk mengembangkan pembayaran dividen didorong oleh elaun kerugian pinjaman lebih rendah dan pertumbuhan pendapatan tinggi, kata penganalisis.

 

Petronas Gas catat untung kukuh selepas cukai RM1.92 bilion, isytihar dividen kekal 22 sen

KUALA LUMPUR 21 Feb — Petronas Gas Berhad mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) yang lebih tinggi sebanyak RM1.92 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (FY2024), peningkatan 1.2 peratus berbanding RM1.90 bilion pada tahun sebelumnya.
 

FatHopes Energy dan Topsoe tandatangani MoU bangunkan kilang penapisan bahan api penerbangan mampan di Malaysia

KUALA LUMPUR 21 Feb - FatHopes Energy Sdn Bhd (FHE) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Topsoe, sebuah syarikat terkemuka dalam teknologi pengurangan karbon yang berpusat di Denmark, untuk membina kilang penapisan bahan api penerbangan mampan (SAF) di Malaysia.

MISC catat kerugian bersih RM446.2 juta pada 4QFY24 kesan hasil lebih rendah dalam semua segmen perniagaan

KUALA LUMPUR 21 Feb - MISC Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM446.2 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2024 (4QFY24) berbanding untung bersih RM627.3 juta pada suku sama tahun lalu disebabkan hasil yang lebih rendah dalam semua segmen perniagaannya.

 

Pendapatan Petronas Chemicals cecah RM30.7 bilion dipacu oleh pertumbuhan volum jualan 

KUALA LUMPUR 21 Feb - Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatat hasil RM30.7 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (FY2024),  didorong pertumbuhan volum jualan.

 

Subscribe to