Khaled: Kontrak pajakan helikopter RM16 bilion menjanjikan armada moden, tanpa kos pendahuluan
KUALA LUMPUR 21 Feb (BERNAMA) — Kontrak pajakan RM16 bilion untuk 28 helikopter dalam tempoh 15 tahun termasuk pakej komprehensif merangkumi pelbagai perkhidmatan penting, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.









