KUALA LUMPUR 23 Mei - RHB Research melihat banyak ruang pertumbuhan boleh diraih Hibiscus Petroleum Bhd. terutama dalam persekitaran harga minyak mentah yang tinggi.
KUALA LUMPUR 23 Mei - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research hari ini menghentikan liputan dan penarafannya ke atas Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE) Holdings Berhad disebabkan pengagihan semula sumber dalaman dan kekurangan minat pelabur terhadap syarikat.
KUALA LUMPUR 23 Mei - Aeon Co. (M) Bhd. dijangka berdepan cabaran tekanan margin di tengah-tengah persekitaran inflasi dan usaha kumpulan untuk mengekalkan harga barangan, demikian menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research.
SEPANG 23 Mei - Trafik antarabangsa di rangkaian lapangan terbang tempatan milik Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkat sebanyak 53% kepada 642,128 penumpang selepas pembukaan semula sempadan pada 1 April 2022.
KUALA LUMPUR 23 Mei - MIDF Research mengekalkan unjuran hasil serta pendapatan IOI Corporation sebanyak RM9.2 bilion and RM1.1 bilion dengan segmen perladangannya akan menerima manfaat daripada harga minyak sawit mentah (MSM) yang kukuh.
KUALA LUMPUR 23 Mei - Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) menjalin kerjasama dengan KVC Industrial Supplies Sdn Bhd (KVC Industrial Supplies) bagi merealisasikan permintaan negara yang semakin meningkat untuk kenderaan elektrik (EV) dengan membekalkan pengeca
KUALA LUMPUR 23 Mei - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menyemak semula unjuran keuntungan bersih teras Sime Darby Plantation Bhd. bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22) sebanyak 24% selepas mengambil kira harga minyak sawit mentah yang lebih tinggi.
KUALA LUMPUR 23 Mei - MIDF Research mengekalkan saranan 'beli' terhadap Swift Haulage Bhd. dengan harga sasaran (TP) dikurangkan kepada RM1.18 berbanding RM1.28 sebelum ini.
KUALA LUMPUR 23 Mei - MIDF Research menjangkakan P.I.E. Industrial Berhad akan berhadapan kesukaran untuk memenuhi tempahan pelanggan sekiranya berlaku penangguhan dalam perancangan pengembangan kapasiti operasinya.
KUALA LUMPUR 23 Mei - Exabytes Capital Group Sdn Bhd (Exabytes) selesai mengambil alih Infinity Consulting Technology Sdn Bhd (ICT), pakar dalam perkhidmatan sandaran dan Pemulihan Bencana Perniagaan, di bawah jenama Aegis.
KUALA LUMPUR 23 Mei - Kementerian Pengangkutan sedang meneliti dan berbincang dengan syarikat perkhidmatan e-hailing berhubung aduan serta rungutan orang ramai mengenai kenaikan kadar tambang yang dikatakan semakin mahal sehingga membebankan pengguna.
KUALA LUMPUR 23 Mei - Malacca Securities menjangkakan ELK-Desa Resources Berhad masalah akibat tekanan inflasi global termasuk kemampuan peminjam untuk membayar semula pinjaman selepas pemberian moratorium tamat.
KUALA LUMPUR 23 Mei - Bursa Malaysia mencatat aliran masuk asing berjumlah RM26.15 juta bagi minggu berakhir 20 Mei 2022, lebih rendah berbanding RM56.9 juta yang direkodkan minggu sebelumnya.