Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Bursa Malaysia gantung aktiviti jualan singkat harian saham MSM selepas susut lebih 15%

KUALA LUMPUR 26 Feb — Bursa Malaysia menggantung aktiviti jualan singkat harian (IDSS) ke atas saham MSM Malaysia Holdings Bhd bagi baki sesi dagangan hari ini selepas kaunter tersebut melanggar had ambang harga ditetapkan bursa.

 

Adnex Group sasar kumpul RM18.1 juta melalui IPO di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR 26 Feb – Adnex Group Berhad menyasarkan untuk mengumpul RM18.1 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia. 

 

Mynews untung bersih RM19 juta bagi FY25 didorong pembukaan 88 cawangan baharu

KUALA LUMPUR 26 Feb - Mynews Holdings Berhad mencatatkan keuntungan bersih RM19.09 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2025, naik lebih dua kali ganda berbanding RM8.71 juta pada FY24. 

Kemajuan pelaburan Google RM7.77 bilion di Malaysia melebihi jangkaan awal — PM Anwar

KUALA LUMPUR 26 Feb — Kemajuan pelaburan Google berjumlah AS$2 bilion (RM7.77 bilion) di Malaysia menunjukkan perkembangan memberangsangkan dan melebihi jangkaan awal, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

MSM catat kerugian bersih RM366 juta pada 4QFY2025 susulan pelarasan aset

KUALA LUMPUR 26 Feb – MSM Malaysia Holdings Berhad, pengeluar gula mencatatkan kerugian bersih RM366.63 juta bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (4QFY2025) berbanding untung bersih RM71.7 juta pada tempoh sama sebelumnya.

 

Kerajaan tidak gopoh tamatkan ART, lindungi perdagangan dua hala bernilai RM367.5 bilion, Parlimen diberitahu

KUALA LUMPUR 26 Feb - Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam memutuskan pendirian Malaysia berkaitan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Untung bersih Kerjaya Prospek bagi FY25 naik 40% kepada RM225 juta, hasil cecah rekod RM2.2 bilion

KUALA LUMPUR 26 FebKerjaya Prospek Group Berhad mencatatkan peningkatan untung bersih kira-kira 40.2% kepada sebanyak RM224.7 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2025 (FY25).

Jualan Farm Fresh melonjak 15.6% kepada RM285.1 juta pada 3QFY26

KUALA LUMPUR 26 Feb – Farm Fresh Berhad mencatatkan prestasi suku ketiga tahun kewangan 2026 (3QFY2026) yang memberangsangkan, dengan hasil yang meningkat 15.6% kepada RM285.1 juta berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

 

TIME Dotcom catat untung bersih RM428.15 juta pada FY2025, umum dividen libatkan jumlah pembayaran RM500 juta

KUALA LUMPUR 26 Feb — TIME Dotcom Berhad mencatatkan prestasi berdaya tahan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (FY2025) apabila keuntungan bersih meningkat kepada RM428.15 juta berbanding RM382.82 juta pada tahun sebelumnya.

 

Axiata kurangkan kerugian 4Q25 kepada RM38.7 juta, umum dividen 5 sen

KUALA LUMPUR 26 Feb — Axiata Group Berhad berjaya mengecilkan kerugian bersih kepada RM38.68 juta bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2025 (4Q25) berbanding RM224.77 juta yang dicatatkan setahun lalu, disokong peningkatan hasil, keuntungan pertukaran asing serta kos kewangan d

Saham Sarawak Plantation bagi FY25 dilihat sudah mahal, penganalisis ramal ruang kenaikan terhad

KUALA LUMPUR 26 Feb – Isu kritikal membabitkan penilaian saham yang dilihat sudah mahal berbanding purata sejarah menjadi faktor utama Sarawak Plantation Berhad diberikan tumpuan oleh penganalisis.

Untung bersih Eastern & Oriental Berhad melonjak 117% kepada RM71.8 juta pada 3QFY2026

KUALA LUMPUR 26 Feb – Eastern & Oriental Berhad (E&O) mencatatkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 117% bagi suku ketiga tahun kewangan 2026 (3QFY2026) disokong oleh pengiktirafan hasil yang lebih tinggi daripada projek pembangunan hartanah yang sedang berjalan.

Untung pembinaan WCT terus lemah, penganalisis menilai tender RM11 bilion jadi penentu hala tuju

KUALA LUMPUR 25 Feb – Prestasi segmen pembinaan yang masih lemah dan kegagalan menterjemahkan buku tender besar kepada kontrak baharu menjadi isu kritikal membayangi prospek WCT Holdings Berhad.

Subscribe to Terkini