Petra Energy raih kontrak RM298 juta daripada PETRONAS Carigali untuk loji bersepadu di Bintulu
KUALA LUMPUR 10 April – Petra Energy Bhd melalui anak syarikatnya menerima beberapa perintah kerja daripada PETRONAS Carigali Sdn Bhd bagi pelaksanaan perkhidmatan penyelenggaraan, pembinaan, pengubahsuaian serta pemasangan dan pentauliahan luar pesisir.













