Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Buku tempahan Infomina berjumlah RM573 juta berupaya sokong hasil hingga 3 tahun, kata AmInvest

KUALA LUMPUR 17 April — Dalam persekitaran pasaran yang semakin tidak menentu, kekuatan buku tempahan sebanyak RM573 juta dilihat menjadi faktor utama menyokong hasil Infomina Berhad.

Syarikat perlombongan multinasional Vale lantik Edwin Gerard sebagai CEO tempatan pertama di Malaysia

KUALA LUMPUR 17 April – Vale memperkukuh kehadirannya di Malaysia menerusi pelantikan Edwin Gerard sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd, menjadikannya rakyat tempatan pertama menerajui operasi syarikat itu di negara ini.

 

Kos pembinaan meningkat berikutan harga diesel naik 180% ancam sektor hartanah — TA Securities

KUALA LUMPUR 17 April — Lonjakan mendadak harga diesel sehingga hampir 180% sejak akhir Februari 2026 mula memberi tekanan kepada kos pembinaan dan bahan binaan, menurut analisis TA Securities.

Ambil komisen hanya 1%, langkah inDrive tingkatkan pendapatan pemandu e-hailing

KUALA LUMPUR 17 April – inDrive, platform e-hailing dan penghantaran global memperkenalkan inisiatif komisen 1 peratus bagi pemandu sedia ada dan baharu di Kuala Lumpur yang berlangsung sehingga 31 Mei 2026.

 

Kadar inflasi rendah bantu negara hadapi kejutan krisis bekalan tenaga akibat perang di Timur Tengah - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR 17 April - Kadar inflasi Malaysia yang agak rendah dijangka membantu negara menghadapi kejutan bekalan tenaga, walaupun harga minyak global diramal kekal tinggi untuk tempoh lebih lama susulan perang di Timur Tengah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul

Peningkatan adunan biodiesel B10 ke B15 tidak jejas bekalan minyak sawit domestik ketika krisis tenaga – Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR 17 April – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyambut baik cadangan peningkatan kadar adunan biodiesel negara daripada B10 kepada B15 secara berperingkat yang dijangka memberi impak langsung kepada peningkatan produktiviti pengeluar biodiesel tempatan.

Unjuran hasil SKP Resources dikhuatiri susut 50% hingga FY28 susulan permintaan lemah — PublicInvest

KUALA LUMPUR 17 April — Unjuran pendapatan SKP Resources Berhad bagi tempoh tiga tahun dari FY26 hingga FY28 dipotong secara purata sebanyak 50% oleh Public Investment Bank (PublicInvest).

Kerajaan komited perkasa agenda Bumiputera, sasar pelaburan GLIC RM2 bilion - PM Anwar

KUALA LUMPUR 17 April - Kerajaan kekal komited memperkukuh agenda memperkasa usahawan Bumiputera sebagai penyumbang ekonomi yang produktif dan berdaya saing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Persatuan PKS gesa kerajaan percepatkan bayaran tuntutan Geran PMKS Madani

KUALA LUMPUR 17 April – Pembayaran tuntutan di bawah Geran PMKS Madani yang mengambil masa terlalu lama menyebabkan tekanan kewangan serius kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta penyedia perkhidmatan teknologi di seluruh negara.

 

Panda Eyes sasar buka 15 cawangan, perkukuh modal kerja selepas penyenaraian di Pasaran ACE kelak

KUALA LUMPUR 17 AprilPanda Eyes Group Berhad merancang penyenaraian di Pasaran ACE kelak bagi mengumpul dana pengembangan agresif termasuk pembukaan 15 cawangan di seluruh negara.

Strategi penstrukturan portfolio tanah, projek Kwasa Damansara jadi pemangkin utama pertumbuhan LBS Bina – RHB Research

KUALA LUMPUR 17 April – RHB Research menyambung semula liputan ke atas saham LBS Bina Group Bhd dengan pandangan positif terhadap strategi penstrukturan semula portfolio tanah yang sedang dilaksanakan oleh syarikat.

 

Cendana Auto hadir DSA bersama kenderaan perisai MIFV dinaik taraf, prototaip ISV

KUALA LUMPUR 17 April – Syarikat automotif pertahanan tempatan, Cendana Auto Sdn Bhd (CASB) bakal mempamerkan dua model kenderaan taktikal utama pada pameran Defence Services Asia (DSA) 2026.

 

Ta Ann berpotensi tingkatkan dividen sehingga 8.3% - PublicInvest Research

KUALA LUMPUR 17 April - Ta Ann Holdings Bhd dilihat mempunyai ruang yang luas untuk meningkatkan pembayaran dividen susulan kedudukan tunai bersih yang kukuh serta aliran tunai bebas yang stabil, menurut PublicInvest Research.

 

Subscribe to Terkini