Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pemprosesan REE dalam negara, pelabur asing dijemput kerjasama syarikat tempatan - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR 22 Okt – Malaysia terbuka kepada syarikat asing yang ingin menubuhkan usaha sama dengan syarikat tempatan bagi membangunkan mineral nadir bumi (rare earth) di negara ini.

 

Hasil IGB REIT pada 3QFY25 naik 6.4% kepada RM165.2 juta didorong pendapatan sewa lebih tinggi

KUALA LUMPUR 22 Okt - Hasil IGB REIT pada suku ketiga berakhir 30 September 2025 (3QFY25) naik sebanyak 6.4% kepada RM165.2 juta berbanding RM155.3 juta pada suku sama tahun lalu didorong pendapatan sewa yang lebih tinggi.

 

PETRONAS Gas mengesahkan di Bursa Malaysia berdepan tuntutan RM68 juta susulan kebakaran paip gas Putra Heights

KUALA LUMPUR 22 Okt – PETRONAS Gas Bhd (PetGas) mengesahkan kini berdepan tuntutan saman berkelompok berjumlah RM68 juta melibatkan ganti rugi khas, susulan insiden kebakaran paip gas di Putra Heights pada April lalu yang memusnahkan kediaman dan mencederakan penduduk setempat.

 

75% syarikat global gagal isi jawatan, kurang kemahiran jadi krisis pekerja abad ini - Pertubuhan Majikan Antarabangsa

KUALA LUMPUR 22 Okt – Dunia korporat sedang berdepan dengan krisis senyap yang semakin mendesak apabila dianggarkan 75% organisasi di seluruh dunia gagal dalam mengisi jawatan kosong ditawarkan.

Kerjasama Measat, Guodian Gaoke & StarWin tingkatkan IoT satelit Tianqi di Malaysia

KUALA LUMPUR 22 Okt – Measat Global Berhad memeterai perjanjian kerjasama strategik tiga pihak dengan Beijing Guodian High-Tech Technology Co., Ltd. (Guodian Gaoke) dan China StarWin Science & Technology Co.

Kadar inflasi keseluruhan 2025 diunjur pada kadar 1.4%, kata MBSB Research

KUALA LUMPUR 22 Okt - MBSB Research mengunjurkan kadar inflasi keseluruhan 2025 berada pada kadar 1.4% berbanding 1.8% pada tahun lalu didorong bacaan semasa yang sederhana serta dasar-dasar kerajaan yang membantu mengurangkan tekanan harga.

 

Selgate buka hospital pakar pertama di Rawang

KUALA LUMPUR 22 Okt – Selgate Corporation mencatat satu pencapaian penting dengan pembukaan Selgate Specialist Hospital Rawang (SSH Rawang), pusat penjagaan kesihatan swasta utama pertama syarikat itu di Selangor. 

 

Tiada 'anak tiri' dalam Kerajaan MADANI, peruntukan berdasarkan keperluan – PM Anwar

KUALA LUMPUR 22 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada istilah 'anak tiri' dalam Kerajaan MADANI kerana setiap keputusan peruntukan dibuat berdasarkan keperluan rakyat dan pembangunan seimbang di seluruh negara.

 

Kerajaan gariskan 4 strategi utama lonjak ekonomi Sabah termasuk peruntukan pembangunan RM6.9 bilion bagi 2025

KUALA LUMPUR 22 Okt - Kerajaan menggariskan empat strategi utama bagi melonjakkan ekonomi Sabah ke tahap lebih tinggi termasuk menyediakan peruntukan pembangunan RM6.9 bilion pada tahun 2025 bagi menaik taraf infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih.

Polymer Link meterai perjanjian taja jamin dengan HLIB bagi IPO di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR 22 Okt – Polymer Link Holdings Berhad menandatangani perjanjian taja jamin dengan Hong Leong Investment Bank Berhad (HLIB) sebagai persediaan untuk penyenaraian akan datang di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad.

Malaysia wajar pertimbang perkenalkan kembali GST secara berperingkat seawal separuh kedua 2026 – Ong Kian Ming

KUALA LUMPUR 22 Okt – Malaysia disaran untuk mempertimbangkan semula pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), berkemungkinan seawal separuh kedua tahun 2026, kata Profesor Adjung Universiti Taylor’s, Dr Ong Kian Ming.

 

IOI Corp berisiko disingkir daripada 30 saham utama FBM KLCI, digantikan Westports – MBSB Research

KUALA LUMPUR 22 Okt - IOI Corporation Berhad berisiko disingkirkan daripada senarai 30 saham utama FBM KLCI kerana gagal ujian kecairan selama tiga bulan, menurut MBSB Research.

 

Siasatan Aerotrain KLIA: Insiden gangguan di bawah tanggungjawab kontraktor - MAHB

KUALA LUMPUR 22 Okt – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi menyiasat gangguan perkhidmatan sistem Aerotrain di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Subscribe to Terkini