Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

SumiSaujana jalin kerjasama dengan firma China, CoolisT bangunkan industri berasaskan minyak sayuran

KUALA LUMPUR 10 Dis – SumiSaujana Group Bhd, bekerjasama dengan CoolisT Group dari China untuk membangunkan dan mengkomersialkan bio-poliol berasaskan minyak sayuran boleh diperbaharui bagi pembuatan buih poliuretana untuk industri perabot dan tilam.

 

Untung bersih FY2025 Eco World melonjak 47% kepada RM445.3 juta, rekod tertinggi baharu kumpulan

KUALA LUMPUR 10 Dis – Eco World Development Group Bhd mencatat prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila menutup tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2025 dengan peningkatan besar dalam pendapatan, keuntungan dan kedudukan tunai.

 

ChemOne lantik Nazri Aziz menganggotai Lembaga Pengarah Pengerang Energy Complex

KUALA LUMPUR 10 Dis – ChemOne Group mengumumkan pelantikan Dato’ Sri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai Ahli Lembaga Pengerang Energy Complex Sdn Bhd (PEC) dan Penasihat kepada Kumpulan, sekali gus mengukuhkan lagi keupayaan kepimpinan serta hala tuju strategiknya.

 

FBM KLCI diramal cecah 1,750 mata dipacu Tahun Melawat Malaysia 2026, kata MBSB Research

KUALA LUMPUR 10 Dis – Kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) dijangka menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi negara pada 2026, menurut MBSB Research.

 

2 tender projek pusat data diperoleh Southern Score mampu sumbang margin bersih 15% — Phillip Capital

KUALA LUMPUR 10 DisSouthern Score Builders Berhad memulakan FY26 dengan kejayaan apabila anak syarikatnya berjaya memperoleh dua tender projek pusat data (DC) yang bernilai RM97.6 juta.

Prasarana akui tidak pasti bilakah LRT Shah Alam dapat mula beroperasi

SHAH ALAM 10 Dis – Prasarana Malaysia Bhd mengakui belum dapat memuktamadkan bilakah operasi LRT Shah Alam dapat dibuka kepada orang ramai. 

 

Pelantikan Rider Gate hanya sebagai ejen kutipan, tidak jejaskan sistem rasmi MyJPJ - Parlimen diberitahu

KUALA LUMPUR 10 Dis – Pelantikan Rider Gate Sdn Bhd (RGSB) sebagai ejen kutipan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk beberapa transaksi tidak akan mengganggu atau menjejaskan sistem MyJPJ, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah.

 

Kontrak selenggara Masjid Putra dijangka jana untung RM5.2 juta kepada AWC — Malacca Securities

KUALA LUMPUR 10 Dis – Kontrak baharu yang diraih AWC Berhad bagi penyelenggaraan dan pengurusan fasiliti Kompleks Masjid Putra, Putrajaya dijangka berpotensi besar, menurut Malacca Securities.

Potensi keuntungan CelcomDigi berisiko terjejas berikutan prestasi DNB - MBSB Research

KUALA LUMPUR 10 Dis – CelcomDigi Berhad perlu mengambil kira potensi risiko keuntungan apabila kumpulan ini menggabungkan prestasi kewangan masa depan syarikat berkaitan iaitu Digital Nasional Berhad (DNB), menurut MBSB Research.

 

Pelaburan semakin kukuh susulan lawatan PM Anwar ke India, 2 projek besar diluluskan — Dewan Negara diberitahu

KUALA LUMPUR 10 Dis – Malaysia terus meraih manfaat hasil lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India pada 2024 dengan dua projek utama sudah berjaya menerima kelulusan.

Tawaran pengambilalihan DKSH RM6.15 sesaham dinilai adil, menarik - HLIB

KUALA LUMPUR 10 Dis – Pemegang saham DKSH Holdings (Malaysia) Bhd dicadangkan supaya menerima tawaran DKSH Resources (Malaysia) Sdn Bhd melalui pengurangan modal terpilih (SCR) pada harga RM6.15 sesaham yang disifatkan sebagai adil dan menarik oleh HongLeong Investment Bank (HLIB

Keuntungan PGF Capital terjejas 3.1% pada 1HFY26 disebabkan pengukuhan ringgit, kata TA Securities

KUALA LUMPUR 10 Dis – Pengukuhan ringgit menjadi faktor utama menekan keuntungan PGF Capital Berhad, menurut TA Securities susulan pertemuan terbaharu dengan pihak pengurusan kumpulan itu.

Peruntukan RM1.9 billion tarik perhatian syarikat pertahanan antarabangsa

KUALA LUMPUR 10 Dis - Perhatian firma pertahanan antarabangsa terarah ke negara ini berikutan persetujuan kerajaan meluluskan peruntukan bagi perolehan sistem pertahanan udara aras rendah (MRAD) untuk TUDM sebanyak RM1.9 bilion.<

Subscribe to Terkini