Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Cheeding Holding peroleh kontrak naik taraf infrastruktur TNB di Pahang bernilai RM13.54 juta

KUALA LUMPUR 10 Dis – Cheeding Holding Berhad melalui anak syarikat milik penuhnya, Pembinaan Bukit Cheeding Sdn Bhd (PBCSB) bersama rakan usaha sama Orasko Sdn Bhd (OSB) meraih kontrak daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai RM13,543,090.00, bagi kerja-kerja naik taraf in

Bekas Pengerusi Star Media Radio kekal dipilih 99.32% pemegang saham sebagai Pengerusi Tanco

KUALA LUMPUR 10 Dis – Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse, sekali lagi mendapat mandat majoriti besar daripada pemegang saham Tanco Holdings Berhad untuk terus menerajui syarikat berkenaan.

Rizab REE Pahang dianggarkan 1.4 juta tan bernilai RM37.4 bilion - Exco Negeri

KUALA LUMPUR 10 Dis – Pahang memiliki kira-kira 1.4 juta tan rizab unsur nadir bumi (REE) dengan anggaran nilai sebanyak RM37.4 bilion, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Mohamad Nizar Najib.

Sika Malaysia tingkatkan kemahiran pekerja jubin melalui pertandingan kebangsaan tawar hadiah tunai RM6,000

KUALA LUMPUR 10 Dis – Sika Malaysia buat julung kali menganjurkan Pertandingan Pekerja Jubin Kebangsaan dengan menghimpunkan ramai tukang mahir industri itu dari seluruh negara.

 

Kelantan perlukan dana khas untuk air bersih, sanitasi & projek tebatan banjir – Senator Wan Martina

KUALA LUMPUR 10 Dis – Belanjawan 2026 perlu mengambil kira keperluan mendesak Negeri Kelantan termasuk pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan sosial kerana peruntukan belanjawan untuk Kelantan dilihat tidak agresif dan kurang sepadan dengan keperluan asas negeri itu

GLC Sabah tidak berprestasi baik akan diambil tindakan, kata Hajiji

KUALA LUMPUR 10 Dis – Kerajaan Sabah akan mengambil tindakan tegas terhadap peneraju syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun negeri yang gagal menunjukkan prestasi memuaskan, selaras usaha memperkukuh tadbir urus dan memastikan keberkesanan pelaksanaan agenda pembang

Azam beri bayangan akan tamat khidmat Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 12 Mei 2026

KUALA LUMPUR 10 Dis – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, memberi bayangan tempoh perkhidmatannya mungkin berakhir pada 12 Mei tahun depan.

Projek Kota dan Bandar MADANI berada di landasan tepat - PM Anwar

KUALA LUMPUR 10 Dis - Projek Kota MADANI Putrajaya dan Bandar MADANI Bukit Jalil berada di landasan yang tepat dengan penerapan sepenuhnya elemen MADANI termasuk konsep sekolah vertikal dan kemudahan komuniti yang lebih bersepadu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kadar pengangguran kekal 3% pada Oktober 2025, tenaga buruh cecah 17.58 juta – DOSM

KUALA LUMPUR 10 Dis – Kadar pengangguran negara pada Oktober 2025 kekal pada paras 3%, melibatkan 518,900 penganggur, mencerminkan pasaran buruh yang terus stabil di tengah-tengah aktiviti ekonomi domestik yang rancak, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Pengeluaran minyak sawit mentah menurun 5.3% kepada 1.94 juta tan pada November – MPOB

KUALA LUMPUR 10 Dis – Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Malaysia menurun 5.3% kepada 1.94 juta tan pada November 2025 berbanding 2.04 juta tan pada Oktober, menurut laporan Prestasi Industri Minyak Sawit Malaysia oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

 

ISF Group meterai perjanjian taja jamin IPO Pasaran ACE, buku tempahan cecah RM103.53 juta

KUALA LUMPUR 10 Dis – Penyedia rumusan paip hujung-ke-hujung, ISF Group Berhad memeterai perjanjian taja jamin dengan Alliance Islamic Bank Berhad sempena tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad.

 

Yong Tai mohon lanjutan masa 14 bulan serah draf pekeliling pelupusan Hotel Marriott Melaka

KUALA LUMPUR 10 DisYong Tai Berhad memohon lanjutan masa tambahan selama tempoh 14 bulan lagi, sehingga 27 Februari 2027, bagi mengemukakan draf pekeliling berhubung cadangan pelupusan hotel.

Pahang catat hasil RM762.9 juta setakat November 2025 - Wan Rosdy

KUALA LUMPUR 10 Dis – Pahang mencatatkan hasil sebanyak RM762.9 juta setakat November 2025 dengan lima sumber utama yang menyumbang iaitu cukai tanah, royalti, lesen dan permit, perolehan jualan pelbagai barangan termasuk premium tanah, serta geran Kerajaan Persekutuan.

Subscribe to Terkini