Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Tien Wah Press ceburi sektor pusat data menerusi projek usaha sama MyTelehaus

KUALA LUMPUR 7 Jan - Tien Wah Press Holdings Berhad menjalin usaha sama (JV) dengan MyTelehaus Sdn Bhd (MYT) untuk membangunkan, memiliki, memajak, dan mengendalikan sebuah pusat data (DC).

MMC Ports catat rekod kendalian kargo terbaik melepasi 20 juta TEU pada 2025

KUALA LUMPUR 7 Jan – Empat pelabuhan milik MMC Port Holdings Berhad (MMC Ports) mencatatkan prestasi terbaik setakat ini dengan kejayaan mengendalikan muatan melepasi 20 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) sepanjang 2025.

 

Hexza terbit 5.23 juta saham melalui pelan pelaburan semula dividen

KUALA LUMPUR 7 Jan – Hexza Corporation Berhad akan menerbitkan sebanyak 5,225,521 saham melalui Pelan Pelaburan Semula Dividen (DRP) yang terpakai bagi dividen akhir bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025.

 

Perlis percepatkan proses kelulusan pelaburan, fokus syarikat kewangan kukuh - Menteri Besar

KUALA LUMPUR 7 Jan – Proses kelulusan untuk pelaburan di Perlis akan distruktur semula bagi memendekkan tempoh menunggu yang sebelum ini mengambil masa antara dua hingga tiga bulan kepada tempoh yang lebih singkat.

 

Central Global dapat kelulusan bursa dikelaskan semula kepada sektor pembinaan bermula 12 Januari 2026

KUALA LUMPUR 7 JanCentral Global Berhad menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Berhad untuk pengelasan semula sektor dan subsektor syarikat itu kepada sektor pembinaan.

Projek Pembesaran Pelabuhan Kemaman dijangka siap 2028, jadi pemangkin ekonomi Pantai Timur

KUALA LUMPUR 7 Jan – Projek pembesaran Pelabuhan Kemaman yang merangkumi tiga komponen utama, dijangka siap pada 2028, kata Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kemaman, Datuk Azan Ismail.

 

Gamuda, IJM dijangka raih lebih banyak projek, aliran kerja sektor pembinaan kekal kukuh - HLIB

KUALA LUMPUR 7 Jan – Pemain utama sektor pembinaan negara seperti Gamuda Bhd dan IJM Corp Bhd dijangka terus menikmati peluang pertumbuhan tahun ini apabila aliran projek utama industri kekal setara dengan tempoh 2024 hingga 2025, sekali gus menyokong pengembangan buku pesanan se

Kee Ming meterai perjanjian taja jamin bersama TA Securities menjelang penyenaraian di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR 7 Jan – Kee Ming Group Berhad, penyedia rumusan kejuruteraan mekanikal dan elektrik (M&E) memeterai  perjanjian taja jamin dengan TA Securities Holdings Berhad menjelang tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

 

Kenanga mulakan liputan terhadap Supercomnet, ramal prospek FY26 disokong permintaan endoskop

KUALA LUMPUR 7 JanKenanga Research memulakan liputan terhadap Supercomnet Technologies Berhad dengan saranan 'outperform' dan harga sasaran (TP) RM1.00 berbanding paras semasa 71 sen.

Ujian keselamatan LRT Shah Alam masih tertangguh, isu teknikal belum selesai

KUALA LUMPUR 7 Jan – Ujian keselamatan operasi bebas kerosakan (FFR) bagi Laluan LRT Shah Alam yang sebelum ini dikenali sebagai LRT3, masih belum dapat dimulakan berikutan beberapa isu yang masih berlarutan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

 

Semico Capital catat untung bersih RM1.3 juta pada 1QFY26 menjelang penyenaraian di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR 7 Jan - Semico Capital Berhad mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM1.298 juta bagi tempoh suku pertama yang berakhir pada 30 September 2025 (1QFY26). 

Pro Qaseh Technique tawar platform kerjasama pelaburan minyak dan gas di Aceh

KUALA LUMPUR 7 Jan – Pro Qaseh Technique Sdn Bhd memperluaskan penglibatan perniagaannya di peringkat serantau dengan bertindak sebagai penyelaras antara pelabur dan Kerajaan Aceh bagi meneroka peluang pelaburan dalam industri minyak dan gas di Wilayah Aceh, Indonesia.

Prospek ekonomi Malaysia 2026 positif, CGS International sasar KLCI mampu cecah 1,810 mata akhir tahun ini

KUALA LUMPUR 7 Jan - Prospek ekonomi Malaysia kekal positif bagi tahun ini.

Subscribe to Terkini