Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kerajaan perkenalkan 4 inisiatif utama tangani inflasi perubatan, sasar pelan insurans mampu milik

KUALA LUMPUR 22 JanJawatankuasa Bersama Peringkat Menteri untuk Kos Penjagaan Kesihatan Swasta (JBMKKS) mencapai persetujuan melaksanakan empat inisiatif strategik bagi menangani peningkatan kos penjagaan kesihatan swasta di Malaysia.

Fraser & Neave catat hasil RM5.2 bilion FY2025

KUALA LUMPUR 22 Jan – Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) mencatatkan hasil sebanyak RM5.2 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2025 (FY2025), disokong oleh kos input yang lebih rendah dan disiplin operasi yang kukuh, sekali gus menyumbang kepada peningkatan k

Cabnet menang kontrak RM14.80 juta bagi kerja-kerja sistem elektrikal di Johor Bahru

KUALA LUMPUR 22 Jan – Cabnet Holdings Berhad terus berkembang dalam segmen kejuruteraan mekanikal dan elektrikal (M&E) selepas unit milik penuhnya, Cabnet M&E Sdn Bhd (CMESB) menerima dua surat anugerah daripada Haily Construction Sdn Bhd bagi kerja-kerja sistem elektrika

Homeritz catat untung bersih merudum 32.7% kepada RM7.06 juta bagi 1QFY26 ekoran jualan rendah

KUALA LUMPUR 22 Jan - Homeritz Corporation Berhad mencatatkan penurunan keuntungan bersih kira-kira 32.69% kepada RM7.06 juta bagi suku pertama berakhir pada 30 November 2025 (1QFY26).

T7 Global perkenalkan TSeven Ryan 460K khusus kendali telaga minyak

KUALA LUMPUR 22 Jan – Penyedia rumusan tenaga, T7 Global Berhad, menamakan secara rasmi unit kerja penyelenggaraan hidraulik (HWU) terbaharunya, TSeven Ryan 460K, sekali gus mengukuhkan keupayaan kumpulan dalam segmen perkhidmatan telaga bernilai tinggi.

 

MCMC rakam keterangan Ketua Editor, Pengarang Online China Press

KUALA LUMPUR 22 Jan - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan Ketua Editor dan Pengarang Online China Press berhubung satu kandungan terbitan media tersebut yang dipercayai telah melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Untung bersih CEKD susut 10.5% kepada RM2.08 juta bagi 1QFY26, akibat kos jualan tinggi

KUALA LUMPUR 22 Jan - CEKD Berhad mencatatkan penyusutan keuntungan bersih kepada RM2.08 juta bagi suku pertama berakhir 30 November 2025 (1QFY26), berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Airod tegaskan kesiapsiagaan penuh sokong DIPN, sedia jadi tonggak MRO pertahanan negara

KUALA LUMPUR 22 Jan – Airod Sdn Bhd menegaskan komitmen dan kesiapsiagaan penuh syarikat itu untuk menyokong pelaksanaan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) Malaysia, dengan kedudukan Airod sebagai aset strategik nasional dalam memperkukuh keupayaan penyelenggaraan pertahanan

Dua lagi pegawai kanan ATM bergelar 'Datuk' dijangka didakwa minggu depan - Azam Baki

KUALA LUMPUR 22 Jan - Dua lagi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergelar 'Datuk' dijangka didakwa berkaitan rasuah minggu depan.

 

TQ Wuling mulakan pemasangan tempatan Bingo EV, kukuh komitmen jangka panjang di Malaysia

KUALA LUMPUR 22 Jan - TQ Wuling mengesahkan telah memulakan pemasangan tempatan (CKD) bagi TQ Wuling Bingo EV di Malaysia, satu langkah strategik yang menandakan pencapaian penting dalam komitmen jangka panjang jenama itu terhadap industri automotif tempatan.

 

Gadang catat kerugian bersih RM6.7 juta pada 2Q disebabkan kos tambahan sektor pembinaan

KUALA LUMPUR 22 Jan - Gadang Holdings Berhad mencatatkan kerugian bersih mencecah sebanyak RM6.70 juta bagi tempoh suku individu selama tiga bulan yang berakhir pada 30 November 2025.

Hock Soon sasar pasaran Singapura seawal 1Q26, tunggu kelulusan Agensi Makanan Singapura

KUALA LUMPUR 22 Jan – Hock Soon Capital Bhd, pengeluar telur berjenama QPlus yang bakal disenaraikan di Pasaran Utama, berpotensi memulakan eksport ke Singapura seawal suku pertama tahun ini, tertakluk kepada kelulusan kemasukan daripada Agensi Makanan Singapura (SFA).

HSS Engineers peroleh kontrak pengurusan projek pusat data di Bagan Datuk bernilai RM22 juta

KUALA LUMPUR 22 JanHSS Engineers Berhad (HEB) memperoleh kontrak sebagai Perunding Pengurusan Projek (PMC) bagi pembangunan pusat data (DC) berkapasiti 10 MW di Bagan Datuk, Perak.

Subscribe to Terkini