Pengukuhan sektor kesihatan, saham hospital dijangka mendorong kembali kenaikan KLCI selepas ini - Maybank IB
KUALA LUMPUR 29 Jan — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menamatkan rali kenaikan terbaharunya dengan penurunan pada sesi dagangan semalam, namun penyusutan tersebut tidak menandakan berakhirnya aliran menaik yang lebih luas, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).













