IQOS ILUMA i Warna Ungu Elektrik perkukuh strategi Philip Morris Malaysia dalam segmen produk bebas asap | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

IQOS ILUMA i Warna Ungu Elektrik perkukuh strategi Philip Morris Malaysia dalam segmen produk bebas asap

IQOS ILUMA i Warna Ungu Elektrik yang terbaharu. - Foto Haziq Hakimi/ DagangNews
Oleh HAZIQ HAKIMI

KUALA LUMPUR 29 Jan – Philip Morris Malaysia Sdn Bhd (PMM), syarikat bersekutu Philip Morris International (PMI), melancarkan IQOS ILUMA i Warna Ungu Elektrik, edisi terbaharu produk heat-not-burn dalam portfolio bebas asap syarikat itu, sekali gus memperkukuh strategi perniagaannya dalam segmen produk alternatif nikotin di Malaysia.

 

Pelancaran berkenaan bukan sekadar memperkenalkan warna baharu, malah membuka peluang kepada pengguna dewasa nikotin untuk menyertai kempen Electric Dreams, yang menawarkan pengalaman eksklusif “Money Can’t Buy” di beberapa destinasi antarabangsa terpilih seperti Dubai, Portugal dan Slovenia.

 

Pengarah Urusan Philip Morris Malaysia dan Singapura, Naeem Shahab Khan berkata, pelancaran tersebut menandakan satu perjalanan penting yang bermula sejak tujuh tahun lalu, didorong oleh aspirasi besar syarikat untuk menyumbang secara bermakna kepada negara.

 

“Ini merupakan tahun ketujuh sejak kami melancarkan IQOS di Malaysia. Tujuh tahun lalu, kami mempunyai satu impian yang sangat besar, iaitu untuk memberi sumbangan kepada negara yang kami cintai ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran berkenaan.

 

Menurut beliau, dengan sokongan semua pihak termasuk warga kerja Philip Morris di peringkat global, impian tersebut kini semakin hampir untuk direalisasikan berbanding tujuh tahun lalu.

 

Naeem berkata, pelancaran IQOS ILUMA i Warna Ungu Elektrik turut membawa simbolik yang lebih mendalam, khususnya berkaitan masa depan dan generasi akan datang.

 

“Warna-warna ini mengingatkan kita kepada warna negara kita. Ia melambangkan kepelbagaian rakyat dan membawa maksud menyatukan semua,” katanya.

 

IQOS

Produk IQOS 

 

Menurutnya, penggunaan warna ungu pada edisi terbaharu IQOS bukan sekadar elemen estetik, sebaliknya direka untuk mencerminkan aspirasi dan impian yang dibawa melalui kempen khas jenama itu.

 

“Kini, kita mempunyai IQOS dalam warna ungu. Ia bukan hanya tentang warna, tetapi direka untuk membawa pengguna ke arah impian yang lebih besar,” katanya.

 

Beliau berkata, kempen yang diperkenalkan bersama pelancaran tersebut dikenali sebagai Electric Dream, yang menekankan pengalaman dan aspirasi luar biasa yang tidak dapat dibeli dengan wang.

 

Beliau menambah, kejayaan dan hala tuju syarikat hari ini adalah hasil usaha bersama semua pihak, dan berharap momentum tersebut dapat diteruskan demi merealisasikan impian jangka panjang Philip Morris di Malaysia.

 

Ketua Pembinaan Jenama dan Reka Bentuk Philip Morris Malaysia, Woon Yaw Kwan berkata, IQOS ILUMA i merupakan inovasi paling maju PMI setakat ini dalam kategori produk bebas asap. Katanya, edisi Warna Ungu Elektrik melambangkan keberanian, penerokaan dan semangat mencabar kebiasaan.

 

“IQOS ILUMA i Warna Ungu Elektrik bukan sekadar warna. Ia mengajak pengguna dewasa untuk menerima ketidaktentuan, membiarkan rasa ingin tahu membawa mereka ke pengalaman yang bertenaga dan tidak dijangka,” katanya.

 

Beliau berkata, menerusi kempen Electric Dreams, pengguna dewasa nikotin akan dibawa dalam satu perjalanan berasaskan rasa ingin tahu yang terhad kepada tempoh masa tertentu, dengan lima pengalaman unik yang merangkumi elemen budaya, muzik, seni dan pergerakan.

 

Menurutnya, kempen tersebut turut menawarkan peluang perjalanan seumur hidup, termasuk pengalaman luar biasa ke Dubai yang menampilkan warisan dan sejarah dunia, di samping destinasi Eropah lain seperti Portugal dan Slovenia.

 

“Ini adalah pengalaman sekali seumur hidup. Untuk pengguna sedia ada, caranya mudah sertai program, buat rujukan dan mohon peluang untuk dipilih. Bagi pengguna baharu pula, mereka hanya perlu membeli peranti, mendaftarkan peranti tersebut dan menyertai platform kami,” katanya.

 

Beliau menambah, enam pemenang dari Malaysia akan dipilih untuk menyertai pengalaman antarabangsa tersebut, dengan setiap pemenang dibenarkan membawa seorang rakan sebagai peneman. 

 

Selain itu, terdapat lebih 100 ganjaran lain yang ditawarkan, termasuk pengalaman menjamu selera secara imersif dan penginapan mewah.

 

Pelancaran ini mencerminkan usaha berterusan Philip Morris Malaysia untuk memperkukuh penawaran produk bebas asap serta meningkatkan nilai jenama di peringkat global. - DagangNews.com