Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

EGM: 97% pemegang saham beri lampu hijau kepada pengambilalihan UEM Edgenta

KUALA LUMPUR 3 April – Pemegang saham UEM Edgenta Berhad memberi ‘lampu hijau’ kepada cadangan pengambilalihan sepenuhnya oleh UEM Group Berhad, yang melibatkan pembayaran tunai berjumlah RM282 juta untuk baki 257 juta saham. 

 

Diesel RM6.02 seliter: Semakin ramai `naik minyak'

Kalau ini strategi, maka ia strategi yang pelik. Petrol dikekalkan. Diesel kawkaw melambung seolah-olah ia minyak kegunaan mahakaya semata-mata. 

 

Konflik Asia Barat Goncang Ekonomi: Ujian Sebenar Ketahanan dan Kesatuan ASEAN

Dunia kini sedang menahan nafas dalam satu fasa paling kritikal sejak Perang Dunia Kedua.

BYD Guna Media Mendesak Kerajaan, Hasrat Tercapai Apabila Ramai Menyebelahi

Masalah dengan dasar industri bukan ketika ia diumumkan. Masalah sebenar bermula apabila dasar itu terpaksa hidup di luar dokumen — dan lebih kritikal, apabila ia mula diperdebatkan di ruang awam yang membentuk persepsi sebelum fakta sempat difahami.

 

Malaysia bakal bina 18 loji jana kuasa daripada sisa menjelang 2040, sasar 600MW kapasiti tenaga boleh diperbaharui

KUALA LUMPUR 2 April - Malaysia merancang untuk membina 18 loji jana kuasa daripada sisa (WtE) menjelang 2040 sebagai sebahagian daripada usaha mempercepatkan peralihan negara ke arah tenaga hijau.

 

MN Holdings raih kontrak RM128 juta projek pembangunan fasiliti pusat data di Lembah Klang

KUALA LUMPUR 2 AprilMN Holdings Berhad memperoleh surat penganugerahan (LOA) projek pembinaan kemudahan infrastruktur tenaga sebuah pusat data (DC) di Lembah Klang yang bernilai RM128 juta.

Bayaran fi lesen biodiesel tidak akan dinaikkan demi kelangsungan penggiat industri - Noraini

KUALA LUMPUR 2 April – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) tidak akan menaikkan struktur fi lesen biobahan api bagi aktiviti yang dilesenkan di bawah Peraturan-Peraturan Industri Biobahan Api Malaysia (Pelesenan) 2008.

 

Batik Air Malaysia sah kurangkan 35% penerbangan, tangani lonjakan kos bahan api

KUALA LUMPUR 2 April - Batik Air Malaysia akan mengurangkan kira-kira 35% jadual penerbangannya bagi separuh pertama April sebagai langkah menampan kesan lonjakan kos bahan api susulan ketegangan geopolitik di Timur Tengah.

 

Lebih 85% kilang Matrix Concepts di MVV TechValley habis ditempah semasa pra-pelancaran

KUALA LUMPUR 2 April – Matrix Concepts Holdings Bhd mencatatkan kadar tempahan melebihi 85 peratus bagi fasa terkini kilang separuh berkembar 1.5 tingkat di Malaysia Vision Valley (MVV) TechValley Biz Park semasa pra-pelancaran baru-baru ini.

 

Bintai Kinden menang kontrak TNB RM44.7 juta kerja naik taraf aset di Bukit Tengah

KUALA LUMPUR 2 AprilBintai Kinden Corporation Berhad memperoleh surat penganugerahan kontrak berjumlah RM44.65 juta daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk kerja-kerja di Pulau Pinang.

MAG yakin operasi penerbangan kekal lancar hingga akhir 2026 meskipun isu bekalan bahan api global

KUALA LUMPUR 2 April – Malaysia Aviation Group (MAG) kekal optimistik dapat meneruskan operasi penerbangannya sehingga akhir 2026 selepas memperoleh jaminan bekalan bahan api jet daripada pembekal tempatan dan antarabangsa.

 

Bina Darulaman rugi bersih RM16.8 juta bagi FY25 berikutan kelemahan pasaran hartanah

KUALA LUMPUR 2 AprilBina Darulaman Berhad mencatatkan kerugian bersih yang boleh diagihkan kepada pelaburnya sebanyak RM16.80 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (FY25).

EI Power meterai perjanjian taja jamin dengan M&A Securities menjelang penyenaraian di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR 2 April – EI Power Berhad (EIP), penyedia perkhidmatan kejuruteraan tenaga memeterai perjanjian taja jamin dengan M&A Securities Sdn Bhd sebagai persediaan untuk penyenaraian syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

 

Subscribe to Terkini