Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

KNM fail saman lebih RM600 juta terhadap NGK Insulators susulan kegagalan jual unit Jerman

KUALA LUMPUR 2 April - KNM Group Bhd dan anak syarikatnya, KNM Process Systems Sdn Bhd memfailkan saman melebihi RM600 juta terhadap syarikat Jepun, NGK Insulators Ltd serta dua eksekutifnya berhubung kegagalan penjualan unitnya di Jerman, Deutsche KNM.

 

Powerwell beri elaun minyak RM100 sebulan ringankan beban pekerja

KUALA LUMPUR 2 April – Powerwell Holdings Berhad memperkenalkan elaun minyak khas sebanyak RM100 sebulan untuk semua pekerjanya, berkuat kuasa serta-merta. 

 

Pelabur asing 'borong' bon Malaysia lebih AS$2 bilion, didorong peningkatan harga minyak mentah global – Bloomberg

KUALA LUMPUR 2 April – Aliran masuk dana asing ke pasaran bon Malaysia melonjak ketara apabila melebihi AS$2 bilion (RM8.07 bilion) setakat 19 Mac 2026, iaitu tertinggi dalam tempoh 10 bulan.

Penswastaan DKSH Malaysia gagal, pemegang saham minoriti tolak tawaran RM6.15 sesaham

KUALA LUMPUR 2 April - Cadangan penswastaan DKSH Holdings (Malaysia) Bhd (DKSH Malaysia) tidak menjadi kenyataan selepas pemegang saham minoriti menolak tawaran pengambilalihan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang berlangsung hari ini.

 

Exsim capai hampir 90% sasaran FY26 selepas menang kontrak baharu - TA Securites

KUALA LUMPUR 2 April – Exsim Hospitality Berhad kini mencapai kira-kira 90.5% daripada sasaran kontrak sepanjang FY26 selepas memperoleh kontrak baharu bernilai RM41.5 juta dari Cosmopolitan Avenue Sdn Bhd, kata TA Securities.

 

UMW Toyota perkenal 3 kenderaan elektrik bateri berharga RM198,000-RM226,300

KUALA LUMPUR 2 April — UMW Toyota Motor (UMWT) memacu agenda mobiliti rendah karbon negara dengan memperkenalkan tiga kenderaan elektrik bateri (BEV), untuk pasaran automotif di Malaysia.

MAG catat keuntungan bagi tahun keempat berturut-turut, hasil cecah RM14.5 bilion pada 2025

KUALA LUMPUR 2 April - Malaysia Aviation Group (MAG) meneruskan momentum positif apabila mencatat keuntungan bagi tahun keempat berturut-turut pada 2025, dipacu permintaan perjalanan yang kekal kukuh serta pengembangan rangkaian yang berterusan.

 

DKSH, United Beverage bekerjasama tingkatkan pengedaran minuman Sun Up & 7 Rings

KUALA LUMPUR 2 April – DKSH Holdings (Malaysia) Berhad menjalin kerjasama strategik dengan United Beverage Sdn. Bhd bagi meningkatkan pengedaran produk minuman di seluruh Malaysia. 

 

AirAsia MOVE teroka kerjasama dengan IndiGo, Air India dan US-Bangla Airlines tarik permintaan tinggi di Asia Selatan

KUALA LUMPUR 2 AprilAirAsia MOVE meneroka kedudukan di Asia Selatan apabila menjalin kerjasama dengan tiga syarikat penerbangan utama rantau itu iaitu IndiGo, Air India dan US-Bangla Airlines.

Southern Score Builders dijangka raih RM28.4 juta daripada dua kontrak baharu - Phillip Capital Research

KUALA LUMPUR 2 April - Southern Score Builders Bhd (SSBB) dijangka mencatat keuntungan sebanyak RM28.4 juta daripada dua kontrak berkaitan pusat data bernilai RM189 juta yang dimenangi kumpulan itu baru-baru ini, menurut Phillip Capital Research.

 

MobilityOne peroleh lesen bank digital Islam daripada Labuan FSA

KUALA LUMPUR 2 April – MobilityOne Sdn Bhd melakar satu lagi pencapaian penting apabila memperoleh lesen bank digital Islam patuh Syariah daripada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) pada Disember 2025.

 

Paramount sasar jualan baharu RM1.2 bilion bagi FY26 didorong pelancaran banyak projek — MBSB Research

KUALA LUMPUR 2 AprilParamount Corporation Berhad menyasarkan jualan baharu lebih tinggi sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun kewangan 2026 (FY26), menurut MBSB Research dalam nota analisisnya.

Bursa aset digital Hata catat lebih RM1 bilion transaksi pada 2025

KUALA LUMPUR 2 April – Hata.io, bursa aset digital berlesen di Malaysia, mencatatkan jumlah transaksi sebanyak RM1.04 bilion pada 2025.

 

Subscribe to Terkini