Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

AMS catat hasil RM34.9 juta bagi Q1FYE2026, pencapaian baik menjelang penyenaraian di Pasaran ACE pada 23 April 2026

KUALA LUMPUR 16 April - AMS Advanced Material Berhad (AMS) mencatatkan hasil sebanyak RM34.9 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 30 September 2026 (Q1FYE2026), disokong oleh prestasi kukuh dalam segmen semikonduktor dan sokongan kejuruteraan.

 

Campuran biodiesel lebih tinggi: Penggunaan minyak sawit dijangka naik 300,000 tan setahun – MPOB

KUALA LUMPUR 16 April – Penggunaan biodiesel berasaskan minyak sawit di Malaysia dijangka meningkat lebih 300,000 tan metrik setahun susulan pelaksanaan peluasan campuran biodiesel oleh kerajaan, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

 

JcbNext raih hampir RM20 juta hasil pelupusan saham syarikat bersekutu, 104 Corporation di Taiwan

KUALA LUMPUR 16 AprilJcbNext Berhad mencatatkan hasil hampir RM20 juta daripada pelupusan sebahagian pegangan dalam syarikat bersekutunya di Taiwan, 104 Corporation secara berperingkat. 

Vietnam luluskan ExecuJet MRO Services Malaysia menyelenggara pesawat Gulfstream G650ER

KUALA LUMPUR 16 April Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Vietnam (CAAV) telah memberi pensijilan kepada ExecuJet MRO Services Malaysia, anak syarikat milik penuh Dassault Aviation, untuk melaksanakan penyelenggaraan barisan (line maintenance) dan penyelenggaraan asas (base

Johor Plantations catat hasil RM1.72 bilion, untung naik kepada RM343.64 juta pada FY2025

KUALA LUMPUR 16 April – Johor Plantations Group Berhad (JPG) terus mencatat prestasi kukuh bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 dengan peningkatan pendapatan dan keuntungan, disokong oleh harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi serta kecekapan operasi yang sema

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak dinaikkan, diskaun elektrik 25% antara bantuan khas hadapi krisis global

KUALA LUMPUR 16 April - Kerajaan Sarawak mengumumkan beberapa bentuk bantuan khas bagi membantu rakyat di negeri itu berdepan cabaran krisis tenaga dan ekonomi global yang tercetus susulan konflik di Timur Tengah.

 

Tafi batal cadangan ceburi perniagaan perabot, bahan binaan disebabkan sumbangan kurang 25%

KUALA LUMPUR 16 AprilTafi Industries Berhad tidak berhasrat meneruskan cadangan pempelbagaian perniagaan dalam segmen dagangan termasuk perabot dan bahan binaan serta produk yang berkaitan. 

Green Packet, Presma bekerjasama percepat transformasi ekosistem digital restoran mamak seluruh negara

KUALA LUMPUR 16 April - Green Packet Bhd (GPB) akan bekerjasama dengan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) bagi mempercepatkan transformasi digital restoran di bawah persatuan itu seluruh negara.

 

Keuntungan MTT Shipping & Logistics melonjak 28% pada FY25 disokong peningkatan volum kargo, sewaan kapal

KUALA LUMPUR 16 April – MTT Shipping and Logistics Berhad (MTTSL) mencatat pertumbuhan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak 28.1% kepada RM324.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, disokong oleh peningkatan volum pengangkutan dan kadar sewaan kapal yang lebih b

Untung bersih Infomina naik 7.5% kepada RM8.8 juta bagi 3QFY26 didorong peningkatan hasil

KUALA LUMPUR 16 April - Infomina Berhad mencatatkan peningkatan keuntungan bersih kira-kira 7.5% kepada sebanyak RM8.8 juta bagi tempoh suku ketiga yang berakhir pada 28 Februari 2026 (3QFY26).

Hospital Pakar Ipoh catat 3,000 pembedahan jantung terbuka, 80% prosedur Coronary Artery Bypass Graft

IPOH 16 April - Hospital Pakar Ipoh, sebahagian daripada rangkaian hospital KPJ Healthcare Berhad, berjaya melaksanakan 3,000 pembedahan jantung terbuka sejak tahun 2000, sekali gus mencatat pencapaian penting dalam memperkukuh akses kepada rawatan jantung pakar di wilayah utara

Suruhanjaya Koperasi Malaysia lantik semula Ahmad Norihan Jalal sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR 16 AprilSuruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melantik semula Leftenan Jeneral (Bersara) Datuk Ahmad Norihan Jalal sebagai Pengerusinya yang berkuat kuasa 15 Mac 2026.

SP Setia lancar Ferrous Finale bernilai RM75.43 juta di Shah Alam

KUALA LUMPUR 16 April – SP Setia Bhd akan melancarkan 70 unit rumah teres dua tingkat Ferrous Finale dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM75.43 juta di Alam Impian, Shah Alam.

 

Subscribe to Terkini