Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Jaycorp beli 40% ekuiti JGE berharga RM15 juta, teroka perniagaan segmen tenaga boleh diperbaharui

KUALA LUMPUR 5 Mei —  Jaycorp Berhad membeli baki kira-kira 40% ekuiti dalam Jaycorp Green Energy Sdn Bhd (JGE) daripada Microban (M) Sdn Bhd, dengan pertimbangan tunai mencecah RM15.0 juta. 

NexG pertahan diri, dakwaan ahli akademik disifatkan tidak tepat dan mengelirukan

KUALA LUMPUR 5 Mei - NexG Berhad menyifatkan dakwaan dua ahli akademik Barjoyai Bardai dan Ahmed Razman Abdul Latiff terhadap syarikat itu mencerminkan `kefahaman yang tidak lengkap' dan `tidak tepat' mengenai cara sebuah syarikat tersenarai awam beroperasi dalam persekitaran yan

Keyakinan perniagaan merosot pada 1Q2026, kembali ke zon pesimis – RAM Ratings

KUALA LUMPUR 5 Mei - Sentimen perniagaan di Malaysia kembali merosot ke paras pesimis pada suku pertama 2026 apabila Indeks Keyakinan Perniagaan RAM (BCI) jatuh kepada 42.2 daripada 53.1 pada suku sebelumnya.

 

Untung bersih Malaysian Pacific jatuh kepada RM44.8 juta bagi 3QFY26 berikutan kos operasi tinggi

KUALA LUMPUR 5 MeiMalaysian Pacific Industries Berhad mencatatkan penurunan kira-kira 17.83% keuntungan bersih kepada sebanyak RM44.8 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mac 2026 (3QFY26). 

Anak syarikat Magni-Tech beli tanah RM133 juta di Tanjong Bungah, Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 5 Mei – Magni-Tech Industries Berhad melalui anak syarikat milik penuhnya, Magni Land Sdn. Bhd memeterai perjanjian jual beli (SPA) bersama Neoh Choo Ee & Company Sdn Berhad bagi cadangan pemerolehan sebidang tanah di Pulau Pinang.

 

Program jualan murah diperluas, kadar sewa diturunkan bantu rakyat tangani kos meningkat

KUALA LUMPUR 5 Mei - Malaysia mengumumkan langkah baharu bagi mengurangkan tekanan kos susulan gangguan rantaian bekalan global yang terus memberi kesan kepada harga domestik dan perniagaan.

 

Kerugian bersih Midtown naik 163% kepada RM44.6 juta bagi FY25 disebabkan kos bahan binaan mahal

KUALA LUMPUR 5 MeiMidtown Group Berhad mencatatkan peningkatan kerugian bersih sebanyak 163.4% kepada RM44.6 juta bagi tempoh kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2025 (FY25). 

Capital A catat pertumbuhan menyeluruh 1QFY26 dipacu pemulihan pasca PN17

KUALA LUMPUR 5 Mei – Capital A Bhd mencatat prestasi operasi yang stabil bagi suku pertama tahun kewangan 2026 (Q1 FY26) melibatkan keseluruhan segmen perniagaan kumpulan termasuk kejuruteraan, logistik, platform digital perjalanan, pengurusan jenama serta makanan dan minuman.

Aerotrain KLIA akan kembali beroperasi 24 jam selepas semua ujian teknikal dilaksanakan – Anthony Loke

KUALA LUMPUR 5 Mei - Perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA T1) dijangka kembali beroperasi 24 jam menjelang akhir Mei ini, selepas semua ujian teknikal selesai dilaksanakan.

 

Selangor percepat kelulusan projek pembinaan kilang kepada 30 hari berbanding 6 bulan

KUALA LUMPUR 5 MeiKerajaan Selangor berhasrat mempercepatkan kelulusan projek pembinaan kilang baharu kepada hanya 30 hari yang dilihat sebagai pemangkin baharu pelaburan di negeri berkenaan.

Nestlé Malaysia, JAKIM kukuhkan ekosistem halal hadapi cabaran global

KUALA LUMPUR 5 Mei – Nestlé Malaysia Bhd memperkukuh ketahanan rantaian bekalan halal syarikat itu melalui kepelbagaian sumber bekalan serta pembangunan ekosistem tempatan bagi memastikan pematuhan halal dapat dikekalkan secara konsisten.

 

Untung bersih Hartalega naik 174% kepada RM40 juta bagi 4QFY26 didorong margin lebih baik

KUALA LUMPUR 5 MeiHartalega Holdings Berhad mencatatkan keuntungan bersih RM40.0 juta bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026, meningkat ketara berbanding RM14.6 juta pada suku sama tahun lalu.

Tiga daripada 7 token reka bentuk cip Arm telah diagihkan, syarat utama kerjasama dengan syarikat tempatan – Johari

KUALA LUMPUR 5 Mei - Malaysia telah memperuntukkan tiga daripada tujuh token reka bentuk litar bersepadu (IC) maju milik Arm Holdings kepada pemain industri, dengan syarat utama mereka perlu bekerjasama dengan syarikat tempatan.

 

Subscribe to Terkini