Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

BNM kekalkan OPR pada 2.75%, terus pantau konflik geopolitik Timur Tengah

KUALA LUMPUR 7 Mei - Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75% dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini, sejajar jangkaan pasaran.

 

Strategi kos ditambah baik naikkan untung bersih I-Berhad kepada RM10.4 juta bagi 1QFY26

KUALA LUMPUR 7 MeiI-Berhad mencatatkan kenaikan keuntungan bersih kepada RM10.4 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 berbanding hanya RM10 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Abdul Rahman Ahmad kembali sertai Sime Darby sebagai pengerusi berkuat kuasa serta-merta

KUALA LUMPUR 7 Mei – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad kembali menyertai Sime Darby Bhd sebagai pengerusi bukan bebas bukan eksekutif berkuat kuasa serta merta.

 

SP Setia lancar projek baharu Damaira bernilai RM87.93 juta di Setia Mayuri Semenyih

KUALA LUMPUR 7 Mei – SP Setia Berhad akan melancarkan projek kediaman baharu dikenali sebagai Damaira di pembangunan Setia Mayuri, Semenyih dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan RM87.93 juta.

 

Wasco Greenergy siapkan sistem stim biojisim terbesar Malaysia di kilang kertas Kajang

KUALA LUMPUR 7 Mei – Wasco Greenergy Berhad telah menyiapkan salah satu sistem tenaga stim biojisim terbesar di Malaysia di sebuah kilang kertas di Kajang, Selangor sebagai usahanya memperkukuh usaha penyahkarbonan sektor perindustrian negara.

 

Keuntungan 1QFY26 SD Guthrie susut kepada RM560 juta akibat kelemahan segmen huluan

KUALA LUMPUR 7 Mei – SD Guthrie Bhd mencatatkan sedikit penurunan keuntungan bersih bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 (1QFY2026) susulan prestasi lebih lemah dalam segmen perladangan huluan.

 

TA Securities ramal kenderaan elektrik import susah dijual mulai 1 Julai 2026 berikutan dasar baharu MITI

KUALA LUMPUR 7 Mei - Kenderaan elektrik (EV) model import sepenuhnya (CBU) yang berharga rendah dijangka semakin sukar menembusi pasaran Malaysia bermula 1 Julai 2026, menurut TA Securities.

Krisis industri makin teruk, 48% pengilang kurangkan pengeluaran, 5% sudah berhentikan pekerja – FMM

KUALA LUMPUR 7 Mei – Industri pembuatan Malaysia berdepan tekanan yang semakin serius ekoran krisis Asia Barat yang terus mengganggu rantaian bekalan global apabila 48% daripada 225 syarikat pengilang dilaporkan telah mengurangkan atau menghentikan sebahagian operasi pengeluaran

Genting Malaysia dijangka catat peningkatan pendapatan 1Q26 sehingga RM200 juta, disokong musim perayaan - Affin Hwang

KUALA LUMPUR 7 Mei - Pendapatan suku pertama 2026 (1Q26) Genting Malaysia Bhd dijangka mencatat peningkatan secara suku ke suku kepada antara RM100 juta hingga RM200 juta, dipacu oleh aktiviti pelancongan lebih kukuh berikutan faktor bermusim sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Hasil tahunan SkyeChip hingga FY28 diunjur naik 25% didorong buku tempahan RM130 juta – RHB Research

KUALA LUMPUR 7 Mei – Pendapatan SkyeChip Berhad dijangka mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) hampir 25% sehingga FY28, disokong buku tempahan yang bernilai RM130.3 juta.

VentureTECH lantik Azizan Jaafar sebagai CEO baharu

KUALA LUMPUR 7 Mei – VentureTECH Sdn Bhd melantik Azizan Jaafar sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa serta-merta.

 

Malayan Cement berpotensi pulih susulan kebimbangan bekalan arang batu semakin reda - CIMB Securities

KUALA LUMPUR 7 Mei - Saham Malayan Cement Bhd dijangka kembali pulih selepas mengalami tekanan jualan baru-baru ini berikutan kebimbangan terhadap gangguan bekalan arang batu serantau semakin reda, menurut CIMB Securities.

 

CGSI: Persaingan sarung tangan masih sengit, Hartalega bergantung usaha automasi pulihkan margin

KUALA LUMPUR 7 MeiHartalega Holdings Berhad terus berdepan dengan situasi tekanan harga dan lebihan stok dalam industri sarung tangan getah global, menurut analisis CGS International (CGSI).

Subscribe to Terkini