BHP Taman Bukit Kuchai dibuka semula, meriah dengan siaran langsung Piala Dunia 2026 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

BHP Taman Bukit Kuchai dibuka semula, meriah dengan siaran langsung Piala Dunia 2026

Oleh Muhammad Iman

KUALA LUMPUR 13 Julai – BHP Taman Bukit Kuchai secara rasminya membuka semula operasinya selepas hampir setahun ditutup, sekali gus menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha BHPetrol memperluaskan perkhidmatannya kepada pelanggan serta komuniti setempat.

 

Cawangan BHP Taman Bukit Kuchai merupakan antara stesen baharu dan yang dibuka semula oleh BHPetrol, sekali gus mengukuhkan lagi kehadiran jenama itu di kawasan Lembah Klang.

 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengurus Besar bersama, iaitu Mohd Zarhan dan Zaim Arif Mohd Nizar. Acara turut diserikan dengan bacaan Surah Yasin serta doa selamat yang dipimpin oleh ahli kariah Surau Al-Ikhlas, Taman Bukit Kuchai.


 

solar

 

solar

 


Majlis kemudian diteruskan dengan jamuan sarapan pagi serta tontonan siaran langsung perlawanan Piala Dunia Bola Sepak 2026 yang menemukan Argentina dan Switzerland, sekali gus mewujudkan suasana meriah dalam kalangan pelanggan, komuniti setempat dan para jemputan.

 

Sebagai tanda penghargaan, BHP turut menyampaikan cenderahati istimewa kepada pengunjung dan komuniti setempat yang hadir memeriahkan acara pembukaan semula tersebut.

 

Pembukaan semula stesen itu mencerminkan komitmen berterusan BHPetrol dalam meningkatkan pengalaman pelanggan, di samping mengeratkan hubungan dengan komuniti menerusi pelbagai program yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

 

Pelbagai aktiviti untuk pelanggan

Sepanjang program berlangsung, pengunjung turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan, antaranya:

* Peraduan Teka Juara Piala Dunia Bola Sepak 2026;
* Cabaran bola sepak;
* Promosi pendaftaran BHP e-Card;
* Cabutan bertuah menerusi permainan "Spin the Wheel"; dan
* Promosi pembelian minyak pelincir BHP Syngard yang memberi peluang kepada pelanggan terpilih menerima jersi bola sepak secara percuma, tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Antara hadiah menarik yang ditawarkan ialah baucar minyak bernilai keseluruhan lebih RM1,000 selain pelbagai hadiah eksklusif lain.

 

Melalui pembukaan semula BHP Taman Bukit Kuchai serta penganjuran program bersama komuniti seperti ini, BHPetrol berharap dapat terus memperkukuh hubungan dengan pelanggan di samping menawarkan pengalaman yang lebih menarik setiap kali mereka mengunjungi stesen berkenaan. - DagangNews.com