Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Portfolio besar pinjaman isi rumah BIMB beri daya tahan kental hadapi potensi kelembapan - RHB Invest

KUALA LUMPUR 22 April - Portfolio pinjaman isi rumah BIMB Holdings Berhad iaitu lebih 75% daripada jumlah pembiayaan, memberikannya daya tahan yang lebih besar terhadap potensi kelembapan dalam aktiviti perdagangan dan pembuatan.

 

Pelabuhan Bintulu: Masih terlalu awal menilai impak tarif Trump walaupun kebanyakan eksport ke India, China

KUCHING 22 April - Tarif timbal balik Amerika Syarikat ke atas Malaysia dijangka memberi impak minimum kepada Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), kata Ketua Eksekutif Kumpulan Ruslan Abdul Ghani.

 

Penggantungan CEO HHRG disambung dua minggu lagi sementara tunggu siasatan dalaman

KUALA LUMPUR 22 April - HHRG Bhd melanjutkan tempoh penggantungan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fong Chee Khuen selama dua minggu lagi sehingga 4 Mei 2025, sementara menunggu hasil siasatan dalaman berkaitan dakwaan salah laku.

 

AS kenakan duti antilambakan baharu ke atas import sel solar dari Malaysia

KUALA LUMPUR 22 April — Produk sel solar yang dieksport ke Amerika Syarikat (AS) dari Malaysia dan tiga lagi negara jiran serantaunya iaitu Kemboja, Thailand dan Vietnam akan dikenakan duti antilambakan baharu lebih tinggi.

Tarif Trump dijangka tidak halang niat TUDM dapatkan Hornet terpakai Kuwait

Malaysia dipercayai masih berminat mendapatkan pesawat F/A-18C/D Hornet terpakai milik Kuwait untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disebalik isu kenaikan tarif oleh Amerika Syarikat (AS).

 

Gagal bayar pinjaman RM112.69 juta, Ho Hup mohon perintah mahkamah susun semula hutang

KUALA LUMPUR 22 April - Ho Hup Construction Co Bhd memohon perintah mahkamah bagi memudahkan proses penstrukturan semula hutangnya berikutan kegagalan membayar pinjaman minggu lalu.

 

Kesan perang perdagangan AS-China ke atas pendapatan pemain logistik tempatan adalah terhad - Maybank IB

KUALA LUMPUR 22 April - Kesan perang perdagangan Amerika Syarikat-China ke atas pendapatan pemain logistik tersenarai tempatan (seperti Swift Haulage, Tasco dan FM Global Logistics) berkemungkinan terhad, menurut Maybank IB.

 

KIP REIT catat pendapatan hartanah bersih 3Q melonjak 52% didorong prestasi kukuh

KUALA LUMPUR 22 April — KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT) melaporkan peningkatan 51.9 peratus dalam pendapatan hartanah bersih (NPI) iaitu melonjak bagi suku ketiga FY25, mencecah RM27.48 juta, berbanding RM18.09 juta pada tahun sebelumnya.
 

MHB berdepan tuntutan timbang tara RM57.3 juta daripada subkontraktor

KUALA LUMPUR 22 April — Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MHB) menerusi anak syarikatnya, Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE), berdepan tuntutan timbang tara melibatkan RM57.3 juta daripada subkontraktor.

Kisah CEO Pos Malaysia dan pakaian seragam posmen

Charles Brewer, seorang warga Britain dengan lencana kehormat DHL, dilantik sebagai CEO Pos Malaysia pada 2021.

 

Maka bergemalah tajuk berita bertali-arus mengenai transformasi, pengalaman dan wawasan.

 

US urges curb of Google's search dominance as AI looms

WASHINGTON 22 April (AFP) - US government attorneys urged a federal judge Monday to make Google spin off its Chrome browser, arguing artificial intelligence is poised to ramp up the tech giant's online search dominance.

Indeks Ketakutan & Kerakusan 18: PANIK atau Beli? | Oleh Dr Razli Ramli

Berikut adalah analisis dari seorang pelajar Master UniKL (2023) yang berasal dari Itali bernama Davide Tait untuk renungan para pembaca yang suka melabur.

 

Raya Airways tambah kekerapan laluan kargo Zhengzhou, perkukuh hab dagangan Malaysia-China

KUALA LUMPUR 21 April – Raya Airways menambah kekerapan laluan kargo Kuala Lumpur–Zhengzhou (KUL–CGO) kepada enam penerbangan seminggu, sejajar usaha memperkukuh jaringan perdagangan antara Malaysia dan China di bawah kerangka Air Silk Road, inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Subscribe to Terkini