Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

AS kenakan tarif sehingga 3,521% ke atas import solar dari Malaysia, Vietnam, Thailand dan Kemboja

WASHINGTON 22 April - AS menetapkan duti baharu setinggi 3,521% ke atas import solar dari empat negara Asia Tenggara, memberikan kemenangan kepada pengeluar domestik sambil memperhebatkan masalah yang sudah mengancam pembangunan kuasa boleh baharu negara itu.

 

OCBC turunkan unjuran KDNK Malaysia 2025 kepada 4.3% susulan cabaran ekonomi global

KUALA LUMPUR 22 April - OCBC Bank (Malaysia) Bhd menurunkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2025 kepada 4.3 peratus, berbanding 4.5 peratus sebelum ini, susulan jangkaan permintaan luaran yang lemah dan cabaran ekonomi global yang berter

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$118.4 bilion pada 15 April 2025

KUALA LUMPUR 22 April - Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada AS$118.40 bilion pada 15 April 2025, daripada AS$117.50 bilion pada 28 Mac 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

 

Google Pay kini boleh digunakan dengan ShopeePay, TNG eWallet di Malaysia

KUALA LUMPUR 22 April - Pengguna di Malaysia kini boleh menikmati pengalaman pembayaran dalam talian yang lebih mudah dan pantas melalui kerjasama Google Pay dengan dua eWallet popular negara, ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet.

 

SC mulakan Program Mentor Syariah Kohort Ketiga, galakkan saluran bakat Syariah

KUALA LUMPUR 22 April - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memulakan kohort ketiga Program Mentor Syariah (SMP) bertujuan untuk memupuk generasi profesional Syariah baharu dalam pasaran modal Islam (ICM).

 

Maybank, PUJB bekerjasama perkasa PMKS Johor, industri halal JS-SEZ

KUALA LUMPUR 22 April — Kumpulan Maybank dan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) membentuk kerjasama strategik memperkasakan sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) negeri itu, khususnya dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Aduan penerbangan naik 34% pada separuh kedua 2024 - Mavcom

KUALA LUMPUR 22 April - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) melaporkan peningkatan sebanyak 34% dalam aduan berkaitan perjalanan udara bagi separuh kedua tahun 2024, terutamanya berpunca daripada gangguan penerbangan.  

 

Perak kutip RM1.08 juta caj CPT setelah 2 bulan dilaksana

IPOH 22 APRIL - Sebanyak RM1.08 juta dikutip kerajaan Perak iaitu RM3 semalam penginapan menerusi Caj Perkhidmatan Tempatan (CPT) dalam tempoh dua bulan pertama sejak diperkenalkan bermula 1 Januari lalu.

 

HEB isytihar dividen lebih tinggi 1.46 sen pada FY24 selepas untung bersih naik 23%

KUALA LUMPUR 22 April — HSS Engineers Berhad (HEB) mengisytiharkan dividen satu peringkat akhir sebanyak 1.46 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (FY24), iaitu lebih tinggi berbanding 1.21 sen sesaham sebelumnya pada 31 Disember 2023 (FY23).

TMD Energy mula diniagakan di Bursa Saham New York, raih modal lebih RM44 juta

KUALA LUMPUR 22 April - Penyedia perkhidmatan marin dan bunkering yang beroperasi di Malaysia dan Singapura, TMD Energy Limited, disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) semalam, sekali gus muncul pembekal bunker marin tempatan pertama tersenarai di Bursa Utama AS tersebut.

Taobao Malaysia bakal lancar antara muka Bahasa Melayu pada Jun 2025

KUALA LUMPUR 22 April - Platform e-dagang popular, Taobao Malaysia merancang untuk memperkenalkan antara muka Bahasa Melayu menjelang Jun 2025, sebagai usaha mendekati pengguna tempatan.

 

Kes penggulungan Sapura Holdings ditunda bagi membolehkan Shahril dan Shahriman merundingkan penyelesaian

KUALA LUMPUR 22 April - Mahkamah Tinggi menangguhkan petisyen penggulungan Sapura Holdings Sdn Bhd, membabitkan adik-beradik Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsudin, kepada Rabu pukul 9 pagi, bagi membolehkan kedua-dua pihak merundingkan penyelesaian.

Pengecualian visa pelancong China dilanjutkan 5 tahun bagi merangsang ekonomi Malaysia - Saifudin

PUTRAJAYA 22 April (Bernama) - Pelan Liberalisasi Visa (PLV) untuk pelancong China dilanjutkan selama lima tahun berikutan inisiatif itu merangsang ekonomi negara dengan segera, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

 

Subscribe to Terkini