Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$118.4 bilion pada 15 April 2025 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$118.4 bilion pada 15 April 2025

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 22 April - Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada AS$118.40 bilion pada 15 April 2025, daripada AS$117.50 bilion pada 28 Mac 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

 

Bank Negara berkata kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan dan ialah 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (AS$105.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$3.8 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.2 bilion).

BNM

Jumlah aset berjumlah RM633.65 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM525.06 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.72 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.65 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM27.01 bilion), tanah dan bangunan (RM4.59 bilion) dan aset lain (RM4.63 bilion).

 

Bank pusat itu berkata jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM633.65 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM186.05 bilion), mata wang dalam edaran (RM176.41 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM143.44 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM10.64 bilion), deposit lain-lain kertas.9.7 bilion Bank Negara (RM10.64 bilion). bilion), peruntukan SDR (RM28.38 bilion), dan liabiliti lain (RM2.72 bilion). - DagangNews.com