KUALA LUMPUR 26 Mei - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengemukakan tawaran pengambilalihan sukarela tanpa syarat bagi memperoleh semua baki saham dalam FGV Holdings Bhd pada harga RM1.30 sesaham.
KUALA LUMPUR 26 Mei - Malaysia Airports merekodkan peningkatan 13.9% bulan ke bulan dalam pergerakan penumpang merentas rangkaiannya di Malaysia dan Türkiye, disokong oleh pelancaran perkhidmatan penerbangan baharu dan memperluaskan sambungan ke destinasi utama serantau dan antar
KUALA LUMPUR 26 Mei — Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Chin Keat Chyuan dipilih sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Cemerlang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ASEAN dalam Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan pada Forum Kepimpinan dan Perkongsian ASEAN 2025.
KUALA LUMPUR 26 Mei - Samaiden Group Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Samaiden Sdn Bhd (SSB) memperoleh kontrak bernilai RM100.75 juta daripada GVU Fajar Timur Sdn Bhd bagi pembinaan loji solar berskala besar (LSS) 27.6MWac di Pasir Mas, Kelantan.
KUALA LUMPUR 26 Mei – Batik Air akan memulakan penerbangan antarabangsa pertama dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB), Subang ke Bangkok, Thailand pada 28 Julai 2025.
KUALA LUMPUR 26 Mei — Globaltech Formation Bhd (Glotec) menerusi NuEnergy Gas Ltd telah memulakan operasi penggerudian telaga TE-B06001 di kawasan Rancangan Pembangunan 1 Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Tanjung Enim, Sumatera Selatan.
KUALA LUMPUR 26 Mei — UDA Holdings Berhad (UDA) terus memperkukuh kehadirannya di Johor dengan menawarkan sejumlah 422 unit hartanah bagi memperkasakan pemilikan hartanah yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat di kawasan bandar.
KUALA LUMPUR 26 Mei - RHB Research menurunkan unjuran keuntungan Bumi Armada Bhd pada FY25 sebanyak 14% dengan jangkaan hasil kumpulan itu akan terus lemah pada suku akan datang.
KUALA LUMPUR 26 Mei — Bursa Malaysia menjalin kerjasama dengan BoardRoom Group bagi menggalakkan penerapan lebih meluas rumusan Perisikan Kelestarian Berpusat (CSI) dalam kalangan syarikat tersenarai awam (PLC) di Malaysia.
KUALA LUMPUR 26 Mei (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kekukuhan daya tahan ASEAN yang luar biasa walaupun menghadapi tekanan terhadap sistem perdagangan global, yang sebahagian besarnya adalah hasil daripada pelbagai pencapaian kumpulan itu, termasuk pen
KUALA LUMPUR 26 Mei (Bernama) - ASEAN perlu mempertahankan sistem multilateral atau pelbagai hala dan memastikan model geo-ekonomi ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China terus memainkan peranan bermakna dalam membentuk masa depan yang lebih inklusif dan mampan untuk rantau ini
KUALA LUMPUR 26 Mei — Time dotCom Berhad dijangka menyaksikan pertumbuhan pasaran gentian runcit yang semakin tepu disebabkan persaingan sengit daripada pengendali rangkaian mudah alih lain, kata RHB Research.