Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Sidang Kemuncak ASEAN bincang isu tarif AS di peringkat bilateral - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR 26 Mei (Bernama) — Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung hari ini dan esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan turut membincangkan isu tarif Amerika Syarikat (AS) di peringkat bilateral dan antara ketua-ketua negara.

Duta Marine terima pembiayaan RM729.6 juta daripada BPMB dan EXIM Bank bagi projek FSO Permata Dulang

KUALA LUMPUR 26 Mei - Duta Marine Sdn Bhd memperoleh pembiayaan bersama melibatkan RM555 juta daripada Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) dan AS$37 juta (RM174.6 juta) menerusi kemudahan Islamik daripada Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) bagi menjayakan projek FSO

Rasionalisasi subsidi RON95 dilaksanakan pada separuh kedua 2025, kata Amir Hamzah

KUALA LUMPUR 26 Mei — Langkah rasionalisasi subsidi bahan api petrol RON95 dijangka dilaksanakan pada tempoh separuh kedua 2025, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Hasil MBSB susut kepada RM868 juta pada 1QFY25 disebabkan kelemahan pendapatan segmen pembiayaan

KUALA LUMPUR 26 Mei - Hasil MBSB Bhd pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) susut sebanyak 2.8% kepada RM868 juta berbanding RM893.4 juta pada suku sama tahun sebelumnya disebabkan pendapatan lebih rendah daripada pinjaman, pembiayaan dan pendahuluan.

 

Malaysia, Singapura, Vietnam meterai perjanjian teroka potensi eksport tenaga elektrik RE

KUALA LUMPUR 26 Mei - Malaysia, Singapura dan Vietnam hari ini mencipta sejarah dengan menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama untuk meneroka potensi eksport tenaga elektrik boleh diperbaharui dari sumber tenaga angin luar pesisir antara ketiga-tiga negara.

 

AIPA Perlu Jadi Rakan Utama Menjayakan Agenda Pembinaan Komuniti ASEAN - PM Anwar

KUALA LUMPUR 26 Mei (Bernama) - Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) perlu menjadi rakan penting untuk menjayakan agenda pembinaan Komuniti ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Lebih 200 projek bernilai RM10.8 bilion masih belum dilaksanakan, kata MB Johor

KUALA LUMPUR 26 Mei — Sejumlah 222 projek bernilai RM10.8 bilion dan diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 di Johor hampir sedekad lalu masih belum dilaksanakan, kata Datuk Onn Hafiz Ghazi.

SC lancarkan siri buku 40 Hadis pacu penerapan Maqasid al-Shariah dalam Pasaran Modal Islam

KUALA LUMPUR 26 Mei - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melancarkan siri buku 40 Hadis bagi memperkukuh kefahaman industri terhadap kelestarian dan etika urus niaga menurut perspektif Islam.

 

Petronas sasarkan perluasan jualan LNG ke China, Vietnam

BEIJING 26 Mei - Petroliam Nasional Malaysia (Petronas) menyasarkan untuk mengembangkan jualan gas asli cecairnya ke pasaran seperti China dan Vietnam sambil juga berusaha mendapatkan lebih banyak bekalan jangka panjang dari Amerika Utara dan pasaran baru muncul.

 

ASEAN diyakini muncul antara blok serantau paling berpengaruh di dunia - Nazir Razak

KUALA LUMPUR 26 Mei - Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) berkeyakinan rantau itu akan menjadi antara blok serantau yang paling berpengaruh di dunia dengan semangat kerjasama serta fokus yang jelas.

 

Synergy ESCO Malaysia Lancar ESG Light dengan Pensijilan Kredit Karbon yang Pertama Di Dunia

KUALA LUMPUR 26 Mei – Synergy ESCO, anak syarikat tempatan milik Unity Group Holdings International Ltd (Unity) yang tersenarai di Bursa Saham Hong Kong, melancarkan ESG Light pertama di dunia yang diperakui untuk kelayakan kredit karbon, sekali gus meletakkan Malaysia di barisan

Pelaburan, Keselamatan Siber Antara Intipati Perbincangan Anwar, PM Kemboja

KUALA LUMPUR 26 Mei (Bernama) - Keperluan memperkukuhkan kerjasama Malaysia dan Kemboja dalam aspek pelaburan dan keselamatan siber adalah antara perkara dibincang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya Hun Manet dalam mesyuarat dua hala hari ini.

PMCK sasar kumpul dana hampir RM60 juta daripada IPO Pasaran ACE

KUALA LUMPUR 26 Mei — Penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta, PMCK Berhad menyasarkan untuk mengumpul dana sebanyak RM59.97 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di pasaran ACE Bursa Malaysia pada 9 Julai ini.

Subscribe to Terkini