Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Prestasi Senheng masih lemah pada suku kedua dengan kerugian selepas cukai RM1.6 juta

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Senheng New Retail Berhad mencatatkan kerugian selepas cukai sebanyak RM1.6 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2026 (Q2 FY2026) berakhir 30 Jun 2026, berbanding kerugian RM1.3 juta pada suku sebelumnya.

 

IPO GTA Holdings terlebih langgan 22.16 kali, terima permohonan RM523.35 juta

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Tawaran awam permulaan (IPO) GTA Holdings Berhad di Pasaran ACE Bursa Malaysia menerima sambutan kukuh apabila bahagian yang diperuntukkan kepada orang awam Malaysia terlebih langgan sebanyak 22.16 kali.

 

Northern Solar catat hasil tertinggi RM38 juta bagi 1QFY27, dapat kelulusan pindah ke Pasaran Utama

KUALA LUMPUR 28 OgosNorthern Solar Holdings Berhad mencatatkan hasil suku tahunan tertinggi sejak penyenaraiannya pada Februari 2025, selain menerima kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk berpindah daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malay

MISC sahkan perbincangan awal untuk ambil alih Yinson pada RM2.35 sesaham

KUALA LUMPUR 28 Ogos - MISC Bhd mengesahkan sedang mengadakan perbincangan awal dan penerokaan dengan Yinson Legacy Sdn Bhd (YLSB), syarikat gabungan YLSB serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung potensi cadangan untuk menswastakan Yinson Holdings Bhd.

 

Berjaya Corp catat kerugian selepas cukai sebanyak RM399 juta pada FY2026

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Berjaya Corporation Berhad (BCorp) mengurangkan kerugian selepas cukai sebanyak 36% kepada RM398.71 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 (FY2026), berbanding kerugian RM623.94 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

 

Jentayu jual 100% ekuiti dalam Ohana Specialist Hospital kepada Nexora Healthcare

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Jentayu Sustainables Berhad melepaskan 100% kepentingan dalam Ultimate Forte Sdn Bhd (UFSB), pemilik dan pengendali Ohana Specialist Hospital pada harga RM1.75 juta.

 

Ibraco catat hasil RM324.4 juta pada 1HFY26, untung bersih susut kepada RM27.7 juta

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Ibraco Bhd mencatatkan hasil RM163.6 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2026 (2QFY26), susut 15.2% berbanding RM193 juta pada suku sama tahun sebelumnya, berikutan sumbangan lebih rendah daripada segmen Pembinaan.

 

Gopeng Berhad peroleh kelulusan FiT dari SEDA bagi projek tenaga biojisim 3MW di Perak

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Gopeng Berhad memperoleh kelulusan di bawah sistem Tarif Galakan (FiT) bagi membangunkan loji tenaga biojisim berkapasiti eksport bersih 3 megawatt (MW) di Gopeng, Perak, sekali gus membuka ruang kepada kumpulan itu memperluaskan penglibatan dalam sektor te

WCT peroleh kontrak RM601 juta bina menara pejabat 41 tingkat di TRX daripada Pelangi Pasifik

KUALA LUMPUR 28 OgosWCT Holdings Berhad memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM600.89 juta bagi membina sebuah blok pejabat setinggi 41 tingkat di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur.

 

TA Research kekal saran 'Beli' Tune Protect, disokong pengembangan agresif dalam segmen insurans bukan pelancongan

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Tune Protect Group Berhad dijangka memperoleh sokongan pertumbuhan baharu daripada strategi pengembangan agresif ke dalam segmen insurans bukan pelancongan.

 

LSH Infra, Pertama Makmur dipilih sebagai pemaju Lebuhraya Bertingkat Bandar Malaysia-Seri Kembangan

KUALA LUMPUR 28 Ogos – LSH Infra Sdn Bhd dan Pertama Makmur Sdn Bhd dipilih sebagai pemaju bagi cadangan pembangunan Lebuhraya Bertingkat Bandar Malaysia-Seri Kembangan (BSE), sebuah projek infrastruktur strategik bagi meningkatkan kesalinghubungan dan mengurangkan kesesakan lalu

UEM Sunrise melantik Azmar Talib sebagai Pengerusi berkuat kuasa 30 Ogos 2026

KUALA LUMPUR 28 Ogos – UEM Sunrise Berhad melantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TRX City Sdn Bhd, Datuk Wira Sr Azmar Talib, sebagai Pengerusi baharunya berkuat kuasa 30 Ogos 2026.

 

Bursa Malaysia kemukakan pertanyaan UMA susulan kejatuhan 30% saham HeiTech Padu

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Bursa Malaysia mengemukakan pertanyaan Aktiviti Pasaran Luar Biasa (Unusual Market Activity atau UMA) kepada HeiTech Padu Bhd selepas saham penyedia perkhidmatan teknologi maklumat itu menjunam sehingga 30% dalam dagangan pada 28 Ogos 2026.

 

Subscribe to Terkini