| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Yayasan Bank Rakyat sumbang 35 ekor lembu sempena ibadah korban

KUALA PILAH 13 Julai  – Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bagi pembelian 35 ekor lembu bagi melaksanakan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha untuk diagihkan sekurang-kurangnya 4,650 golongan asnaf serta yang kurang berkemampuan.

 

Malaysia Airports laksanakan ibadah korban di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA

SEPANG 13 Julai – Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Malaysia Airports bersama komuniti Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) telah menyempurnakan ibadah korban baru-baru ini dengan menyumbang sebanyak enam ekor lembu.

 

PM lancar Rangka Tindakan Perumahan 3.0 MINDEF, jamin kemudahan kediaman selesa kepada warga ATM

KUALA LUMPUR 13 Julai – Rangka Tindakan Perumahan 3.0 MINDEF (BP3.0) dilancarkan hari ini bagi menambah baik aspek kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

 

Indonesia beku penghantaran rakyatnya bekerja di Malaysia

KUALA LUMPUR 13 Julai - Indonesia menghentikan sementara semua proses berkaitan pengambilan pekerja dari negaranya di semua sektor bermula hari ini.

 

Ia susulan wujud salah faham dalam penggunaan sistem yang sudah dimeterai untuk digunakan sebelum ini.

Kellee Kam dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank yang baharu

KUALA LUMPUR 13 Julai - Alliance Bank Malaysia Berhad hari ini mengumumkan pelantikan Kellee Kam Chee Khiong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkuat kuasa 1 September 2022 bagi menggantikan Joel Kornreich yang akan tamat kontrak pada 31 Ogos 2022.

 

Jualan kenderaan Kumpulan UMW melonjak 14% pada Jun 2022

KUALA LUMPUR 13 Julai - Jualan automotif Kumpulan UMW melonjak sebanyak 14% pada bulan Jun 2022, berikutan peningkatan jualan daripada kedua-dua UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua.