| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Petunjuk keyakinan perniagaan Malaysia meningkat 3.6% pada suku pertama 2023 - DOSM

KUALA LUMPUR 23 Feb - Kalangan perniagaan Malaysia kekal optimistik mengenai keadaan perniagaan dalam suku pertama 2023 dengan petunjuk keyakinan meningkat kepada 3.6% daripada 3.2% dalam suku sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Duopharma Biotech catat untung bersih RM70.11 juta bagi FY22 dipacu jualan ubat lebih tinggi

KUALA LUMPUR 23 Feb - Duopharma Biotech Bhd. merekodkan pendapatan tertinggi setakat ini sebanyak RM696.72 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22), meningkat 9% daripada RM638.18 juta bagi tempoh sama tahun kewangan sebelumnya. 

 

Protasco catat kerugian bersih RM23 juta pada suku keempat akibat pendapatan lebih rendah

KUALA LUMPUR 23 Feb - Protasco Berhad mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM23 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2022 (4QFY22) berbanding untung bersih sebanyak RM14.7 juta pada suku sama pada tahun sebelumnya.

 

Perolehan Kejuruteraan Asastera terjejas akibat harga bahan mentah tinggi

KUALA LUMPUR 23 Feb – Penyedia penyelesaian kejuruteraan dan tenaga Kejuruteraan Asastera Berhad (KAB) mencatat keuntungan bersih kumpulan lebih rendah pada RM0.6 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2022 (4Q22) berbanding RM1.4 juta pada 4Q21.

 

Giant, Cold Storage kini dimiliki syarikat tempatan

KUALA LUMPUR 23 Feb - DFI Group memeterai perjanjian dengan syarikat tempatan terkemuka Malaysia, diketuai oleh ahli perniagaan dan usahawan tempatan Datuk Andrew Lim, untuk memperoleh kesemua perniagaan makanan DFI di Malaysia, termasuk jenama ikonik Giant.

 

Perolehan AWC Berhad catat peningkatan 6.9% kepada RM96.3 juta bagi 2QFY2023

KUALA LUMPUR 23 Feb - Syarikat AWC Berhad, penyedia perkhidmatan kejuruteraan mencatat peningkatan hasil berjumlah RM96.3 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 (2QFY2023), iaitu 6.9% lebih tinggi daripada suku yang sama tahun lepas.