Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, jadi tarikan baharu UEM Sunrise pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
ISKANDAR PUTERI 28 Feb — UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour di sini dalam masa terdekat sekiranya mendapat kelulusan dari kerajaan republik itu.





