| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Untung bersih Mah Sing pada 4QFY24 susut 10% kepada RM58.74 juta kesan kos jualan lebih tinggi

KUALA LUMPUR 27 Feb - Mah Sing Group Bhd  mencatatkan penurunan untung bersih sebanyak 10% kepada RM58.74 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2024 (4QFY24) berbanding RM65.17 juta kesan kos jualan yang lebih tinggi berbanding imbangan hasil yang lebih baik.

 

Pemiutang Sapura Energy luluskan pelan penstrukturan semula hutang RM12.3 bilion

KUALA LUMPUR 27 Feb - Pemiutang Sapura Energy Bhd dan 22 anak syarikatnya, meluluskan pelan penstrukturan semula hutang yang dicadangkan oleh kumpulan itu sebagai sebahagian daripada rancangan penyusunan semula kewangannya.

 

PKNPk peruntuk hampir RM1 juta pasang lampu solar di lokasi bazar Ramadan Bulatan Sultan Azlan Shah

IPOH 27 Feb - Bazar Ramadan terpanjang di Perak akan dilimpahi cahaya solar apabila sebanyak 75 unit lampu jenis itu dipasang melibatkan peruntukan sebanyak RM970,000.

 

Sunway Property sasar jualan RM3.6 bilion pada 2025 susulan pencapaian kukuh tahun lalu

KUALA LUMPUR 27 Feb - Cabang hartanah Kumpulan Sunway, Sunway Property, menyasarkan jualan sebanyak RM3.6 bilion bagi tahun 2025 selepas mencatat pencapaian kukuh pada 2024 dengan jualan RM3 bilion, melebihi sasaran awal RM2.6 bilion.

 

Malayan Flour Mills kembali catat untung bersih sebanyak RM58.1 juta pada FY24 dipacu oleh permintaan tepung kukuh di Vietnam

KUALA LUMPUR 27 Feb - Prestasi kewangan Malayan Flour Mills Bhd (MFM) kembali pulih apabila pengeluar makanan ruji itu mencatat untung bersih sebanyak RM58.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (FY24) didorong oleh permintaan tepung kukuh di Malaysia dan Vietnam. <

KNM jual Borsig kepada firma Jepun, NGK Insulators berharga RM1.25 bilion

KUALA LUMPUR 27 Feb - Syarikat berstatus PN17, KNM Group Bhd menerusi KNM Process Systems Sdn Bhd memeterai perjanjian jual, beli dan pemindahan bersyarat (SPA) bersama firma Jepun, NGK Insulators Ltd bagi bagi menjual Borsig GmbH dengan melupuskan keseluruhan kepentingannya dala