Tawaran pengambilalihan LTAT dalam Boustead kini menjadi `tidak bersyarat'
KUALA LUMPUR 22 Mei – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan tawaran pengambilalihan ke atas Boustead Holdings Berhad (BHB) telah menjadi tidak bersyarat selepas berjaya memenuhi syarat sebelum Tarikh Tutup pertama tawaran, iaitu pada 22 Mei 2023.






